Showing posts with label pengisian rohani. Show all posts
Showing posts with label pengisian rohani. Show all posts

Friday, February 1, 2013

Bahagia menjadi 'Pelik'



Ibu/Ayah : Peliknya, kenapa kena balik awal, kan cuti semester lama. Semua orang duduk rumah, bercuti    
                 bersama keluarga. Kamu ini cuti tapi ada di universiti.
Kita : (hanya mampu tersenyum agar permata hatinya mengerti akan hakikat dirinya).

.: Situasi ini pasti seringkali terjadi buat diri mereka yang bergelar daie. Buat mereka yang menggerakkan dakwah di kampus masing-masing... Mungkin tidak bagi mereka yang sudah sedia mempunyai keluarga yang memahami, suatu bonus yang Allah beri :.

"Tidak apa, lapangkan hati.. Ibu, ayah..redha kan anakmu ini yang waktunya in shaa Allah diwakafkan buat ummah. In shaa Allah apa yang anakmu lakukan ini adalah saham untuk kalian di akhirat nanti. ~SENYUM~"

---------------------------------------------------------------------------------------------------

~Bahagia kan dirimu menjadi 'pelik'~

Sesungguhnya kerehatan itu adalah kelalaian bagi seorang da'ie. Kerehatan yang sebenar bila menghidupkan malam-malamnya dengan qiamulail, membaca al-quran dan bermunajat mendekatkan diri kepada sang Khaliq. Itulah punca kekuatan diri bagi seorang da'ie.
"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam
-Almarhum YB Ustaz Haji Fadzil Noor-

Dakwah ialah kewajipan, suatu kewajipan bukan pilihan. Tetapi bukan semua manusia mampu memikul dakwah, bukan semua manusia yang Allah pilih untuk berada di atas jalan perjuangan. Hakikatnya untuk berubah itu mudah tetapi amat sukar sekali untuk istiqamah kerana istiqamah itu perlukan mujahadah yang kuat. Makanya, perlunya kita kepada proses pentarbiyahan diri. Proses pentarbiyahan diri itu tidak mengira batas waktu. Boleh jadi mengambil masa yang lama, atau dalam masa yang singkat sahaja. Biasakan dirimu dengan pengisian tarbiyah kerana kita manusia mudah alpa, mudah lupa. Sesungguhnya peringatan itu berguna buat orang-orang yang beriman.

Maka, bersyukurlah andai cutimu perlu dikorbankan kerana kamu telah disibukkan untuk perkara kebaikan dan dapat mengurangkan risiko dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Setiap apa yang dilakukan bakal dihitung di akhirat kelak hatta sekecil zarah sekalipun pasti tidak akan terlepas dari pangetahuanNya. Cuba untuk berpegang teguh pada sebaris ayat ini " Setiap apa yang kita lakukan yang diniatkan hanya untuk Allah semata pasti akan dinilai dan yakinlah janji-janji Allah".

.: Moga Allah redha:.


Monday, November 7, 2011

Man Ansorullah?

10 ciri ciri ansorullah(penolong agama Allah)

1) Bersiap sedia untuk menyahut seruan perjuangan

2) Menjunjung segala peraturan dan arahan jamaah serta berdiri teguh bersama kepimpinannya

3) Memiliki tahap kualiti dan tahap piawaian yang dikehendaki jamaah melalui pelbagai aktiviti

4) Mewarisi kemuliaan akhlak Rasulullah S.A.W dalam mengurus perjuangan mendepani tahadiyyat

5) Memiliki akidah yang mantap, pemikiran ISLAM yang syumul dan keperibadian muslim yang unggul

6) Menggerakkan dan membebaskan negara dari sistem ciptaan manusia yang sia sia

7) Aktif menyertai amal ISLAMI, kebajikan dan sosial, menghubungkan jamaah dan ummah

8) Tidak membazir msa dan tenaga untuk bertelagah dan saling tuding menuding mencari salah

9) Sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluaan jamaah dan tuntutan ummah. Fikir dan rancang kukuhkan jamaah

10) Berlapang dada dan berjiwa besar. Sedia memberi arahan dan diarah. Memimpin dan dipimpin.

Memaknakan Kemenangan, Memurnikan Perjuangan!

Sunday, July 24, 2011

Jom Target Ramadhan

Assalamualaikum..
InsyaAllah dalam lebih kurang seminggu lagi Ramadhan bakal menjelma. 
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan ini.

Masuklah Ramadhan dengan persediaan dan matlamat, persiapkan diri kita untuk menjadi hamba yang baik sebelum tibanya Ramadhan. Bila masuknya Ramadhan, kita manfaatkan sepenuhnya, melipatgandakan ibadah, muhasabah diri untuk mencari redhaNya, supaya bila kita keluar dari Ramadhan, kita akan menjadi hamba yang lebih baik. Kita akan dapat ketenangan itu dan kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam misi menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat.
Semoga kita dapat jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna, seakan-akan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita sebab kita pun tak tahu adakah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah ye.. sama-sama kita.

Jom letakkan target kita untuk Ramadhan kali ini, contohnya..
-tingkatkan bacaan Al-Quran setiap hari,
-memperbanyakkan tadabbur ayat-ayat Al-Quran,
-menghabiskan pembacaan buku2 fikrah,
-dan lain-lain 
(sekadar contoh)

apa saja target mengikut kemampuan masing-masing..
insyaAllah nak cuba mencapai target sendiri =.= doakan ya =] 
Masih tak berpeluang nak sambut 1 Ramadhan kat rumah sendiri, macam tahun-tahun lepas, tapi tak apalah.. setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya kan. Perancangan Allah itu lebih baik untuk hamba-hamba-Nya.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
~(Al-Baqarah 2:216)~
Tapi syukur alhamdulillah, Ramadhan kali ni berlaku dalam waktu cuti semester, jadi kuranglah satu komitmen, alhamdulillah rezeki.  =) 
Sykran Jazilan dari saya..


                                       


Monday, May 30, 2011

Ayuh pertahankan halawatul iman.

                                                  bismillah header

                                      
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain. Sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah(dan bukan suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

Jom cek balik diri kita. Bila ada tiga perkara ini dalam diri, insyaAllah seseorang itu boleh dikatakan sudah berjaya merasai kemanisan iman. Bila selama ini kita terasa payah mahu istiqamah dalam melakukan sesuatu amal, apabila dilakukan berterusan, disertai dengan keikhlasan dari hati sedikit demi sedikit, lama kelamaan akan terasa lazatnya ibadah yang dilakukan hanya dengan hati yang mengharapkan keredhaan Allah. Maka kebiasaan amal yang dilakukan akan terasa keseronokannya dan bila tidak dilakukakan, hati akan rasa resah. Alhamdulillah orang mukmin yang merasa situasi ini telah mencapai halawatul iman.

Allah saja yang berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki. Ayuh bersyukurlah dan pertahankan kemanisan iman itu kerana Allah jua yang berkuasa menarik kembali jika Dia kehendaki.
"Ya Allah, janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau mengurniakan kemanisan iman itu kepada kami. Amin."

Orang mukmin yang mendapat kemanisan iman, pasti hatinya sentiasa hidup. Hidup dengan ayat-ayat cinta Allah. Mereka sentiasa yakin dengan janji-janji Allah.
Seperti analogi ikan di lautan masin, masinnya air lau tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.
Walau ke mana jua melangkah, hati mereka sentiasa mengingati Allah, takut melakukan dosa kerana mereka tau Allah sedang memerhatikan setiap perlakuan mereka. InsyaAllah apa jua dugaan yang mendatang, hati yang hidup ini pasti dapat menghadapinya dengan pergantungan yang kuat pada Rabbnya kerana
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah; 286)




Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, " Perbanyakkanlah  ucapan LAAILAHAILLALLAH"
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

3 tips elak iman luntur:
1. Tingkatkan kualiti ibadah
2. Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah
3. Sentiasa menghadiri majlis ilmu

inspirasi: Solusi isu No.30


Saturday, May 14, 2011

Sudahkah kita diTARBIYAH???

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah segala puji dan syukur hanya untukmu ya Allah..
Terima kasih, ya Allah .. aku melalui satu lagi proses tarbiyah.
Tarbiyah tu sangat penting supaya rohani kita berterusan diisi dan mengelakkan hati kita mati.
Aku akui, bila kita sendiri yang ditarbiyah baru lah kita dapat rasa sejauh mana kekuatan hati, iman kita dalam melalui proses tarbiyah itu. Bila kita sendiri yang ditarbiyah barulah kita rasa betapa masih ceteknya pengetahuan tentang Islam sendiri, ya Allah.

Lalu beberapa persoalan menjadi tanda tanya dalam diri..

Kenalkah kita pada Allah?
Kita mengalunkan asmaul husna tapi adakah kita fahami ertinya dan hayati???
Kenalkah kita pada Rasulullah?
Sejauh mana kita tahu sejarah2 perjuangan baginda???
Sejauh mana kita contohi dan amalkan sunnah baginda???
Kenalkah kita pada sahabat/sahabiah kita sendiri?
Sudah selesaikah ta'aruf antara kita dan sahabat2 kita???
Kenalkah kita pada Islam?
Sejauh manakah pengetahuan kita dalam sejarah sirah?
Fahamkah kita akan erti perjuangan Islam yang sebenar?
Apakah kedudukan al-Quran dalam hati kita?



Sesungguhnya guru yang paling baik adalah pengalaman kita sendiri. Setiap ilmu yang kita dapat bergantung pada diri kita sendiri sama ada mahu memanfaatkan, mengamalkan atau sebaliknya.
Ya.. jalan perjuangan memang susah dan perit tapi pengakhirannya sangat manis bagi mereka yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah. InsyaAllah.
Islam tidak perlukan kita tapi kita lah yang memerlukan Islam. 


Allah, kuatkan hati kami bersama dengan izinMu. :)

Friday, January 7, 2011

Pertolongan Allah itu Amat Dekat

Pernah rasa? Saat kita ditimpa masalah, kekeliruan perasaan, kita rasa kita tak jumpa jalan keluar atau kita tak tau macam mana cara nak selesaikan masalah. Kita rasa sangat buntu dengan diri sendiri. Dan kita mahu menyelesaikan masalah itu tanpa melukai hati orang lain/ tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. Percaya lah. Kita hanya perlu menadah tangan berdoa sungguh-sungguh, dengan hati yang betul-betul mengharap agar Allah tunjukkan jalan keluar untuk kita walaupun kecil mana, janji dapat menjadi petunjuk untuk kita keluar dari ke'confuse' an kita.

Perasaan ni seperti tak boleh diungkap, cuma yang pernah merasakan pertolongan Allah itu saja yang dapat rasa betapa manisnya hidup benar-benar bergantung pada Allah. Kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung kita.

Tanamkan keyakinan yang kuat dalam hati kita. Allah pasti akan memakbulkan doa kita sama ada cepat atau lambat. InsyaAllah , tanpa kita sedari bila kita niat betul-betul inginkan pertolongan Allah, Allah yang akan selesaikan masalah kita sama ada kita sedar atau tanpa kita sedari. Maka ucapkanlah Alhamdulillah.

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
.: Al Baqarah 214:.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendakin)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
.: At Thalaaq 2-3 :.


Amin... :)

Wednesday, December 29, 2010

Nasihati aku, Tegurlah aku

Saya suka apabila diberi nasihat dan teguran oleh sahabat-sahabat sebab saya dapat mengetahui dan memperbaiki kelemahan saya dengan cara itu. Anda bagaimana? Ye, nasihat dan teguran itu sangat penting bagi seseorang muslim sebagai pedoman hidup kita. Supaya apa yang kita buat dapat diperbetulkan cacat-celanya. Seperti seorang pemandu.. signboard, penunjuk arah, dan sebagainya yang ada di jalan raya seolah-olah menjadi nasihat buat si pemandu untuk menuju ke destinasinya.

Nasihat dan teguran adalah tanda kasih sayang seseorang, bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka. Kadang kala nasihat yang berhikmah mampu mencairkan hati yang keras, teguran yang membina mampu menyedarkan kekhilafan yang dilakukan secara tidak sengaja.

Nasihat dan teguran sesama sahabat, guru, ibu bapa ataupun sesiapa sahaja sangatlah perlu tatkala iman kita mula berkurang, hati kita rasa gundah, bila kita lebih tertarik kepada duniawi. Lagi-lagi kita sesama muslim harus saling mengingati antara satu sama lain. Jika tiada yang mengingatkan kita, kita akan terus leka dalam hidup. Kebiasaannya manusia tidak mampu melihat kelemahan diri sendiri malah kita sendiri yang memerlukan orang lain untuk menilai di mana kelemahan diri kita. Walau setinggi mana egonya kita, percayalah akhirnya kita pasti akan mencari seseorang yang boleh mendengar dan menasihati kita apabila kita berhadapan dengan masalah yang kita fikir kita tidak kuat mengahadapinya kerana sudah fitrah bahawa manusia itu saling memerlukan untuk membimbing ke jalan yang lurus.

Saya sendiri harap saya sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa tak jemu menasihati dan memberi teguran yang baik kepada diri. Nasihat itu amat manis sesungguhnya. :)


                                  "Tiada yang hadiah lebih berharga selain nasihat yang baik"

                                                      maka.. nasihati aku, tegurlah aku.

Thursday, December 23, 2010

Mujahadah Melawan Nafsu

Nafsu itu ada 3 peringkat.

1. Nafsu Ammarah bi al-Su'
Nafsu jenis ini sering menjurus melakukan maksiat dan kejahatan, sering telunjuk hawa nafsu serta tidak langsung berusaha melawannya.

2. Nafsu Lawwamah
Nafsu yang menyedarkan manusia daripada perbuatan jahat yang telah dilakukan serta menyesali kebaikan yang tidak dillakukan. Kadangkala manusia melakukan maksiat akibat lalai dan menurut hawa nafsu, kemudian bertaubat.

3. Nafsu Mutma'innah
Nafsunya terkawal sehingga mampu mengarahkan dirinya melakukan ketaatan, meninggalkan kemungkaran, mengajak ke arah perkara yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran. Inilah nafsu yang sentiasa mengilhamkan manusia supaya melakukan kebaikan.

Kita harus mengawal nafsu kita dan bukannya membiarkan nafsu mengawal kita. Melawan nafsu sememangnya payah kerana nafsu itu berada dalam diri kita sendiri. Itu beerti kita menentang diri kita sendiri. Nafsu adalah platform untuk syaitan mennggoda kita. Apabila kita membuka sedikit laluannya, syaitan pasti akan sedaya upaya menyesatkan manusia.

Oleh itu kita perlu berusaha menutup atau menyempitkan laluan itu dengan cara menjinakkan nafsu kita. Analoginya seperti seorang penunggang yang sedang menunggang seekor kuda. Penunggang itu haruslah dapat menjinakkan kuda itu terlebih dahulu supaya dia dapat mengawal pergerakan kuda itu. Namun jika kuda itu tidak dapat dijinakkan, maka penunggang itu akan mengalami kesulitan untuk menunggang kuda itu dengan baik. Samalah seperti apabila kita dapat mengawal nafsu, maka mudahlah bagi kita untuk melakukan kebaikan. Kita lebih mudah tersedar saat kita cenderung kepada sesuatu maksiat. InsyaAllah..

ChayOk. ChayOk! HaiYakkk!! dush dush!

Harap penulisan ringkas ini dapat dimanfaatkan. Sama-sama lah kita memperbaiki iman kita dan sedaya upaya melawan hawa nafsu kita sendiri agar kebahagiaan dapat diraih kelak. ;)

Sumber: Solusi ke25.

Monday, November 22, 2010

TIPS perbaiki iman!

as salam.
meh2 kongsi tips perbaiki iman.
hehe almaklum la, tgh2 cuti, ade kat umah ni,, godaan semakin byk.
saje2 utk peringatan diri sndri jgk ^.^

xleh nak copy laa.. printscreen je bley. =)



                                                                                               

Saturday, October 23, 2010

5 Ubat Hati

Salam. Alhamdulillah mlm smlm smpat jugak sye join ceramah ustaz Nazrey kat cni wlaupun pegi dlm sejam stgh terakhir sbb ade test yg mem'bahagia'kan utk dijwab. huhu. seronok. Sumenye dgn izin Ilahi. =) ade 5 ubat untuk hati kite ni menurut ceramah beliau.

1. Baca al-Quran dan hayatilah terjemahannya.
2. Kosongkan perut dari terlalu kenyang = berpuasa
3. Bangun waktu malam untuk qiyamulail.
4. Menghampirkan diri kepada Allah
5. Sentiasa bersama-sama dalam majlis ilmu bersama org2 yg soleh/solehah.



Saturday, October 16, 2010

coretan sahaja =)

SALAM shbt2. smgu lebih xupdate blog gare2 report+asgnmt+test+group dscn+presentation. huhu biase la kot sume tu lumrah kite sebagai mahasiswa. xboleh mengeluh tapi kena menghadapi. semoga iman kita masih lagi terjaga setiap hari. insyaAllah. antare tips2 menjaga iman ialah, kita harus bergaul dgn org2 yg soleh/solehah supaya kita akan rase utk memperbaiki iman kte and berusaha menjadi seperti org2 yg soleh/solehah. kerapkan lah diri bertandang ke masjid@surau sbb kat masjid@surau lah kte dapat cas diri kite dgn tenaga positif. ''Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'' =)

Monday, September 27, 2010

Wahai Hati Yang Hitam


Wahai hati yang hitam,
Diri ini terasa semakin jauh daripada RABBNYA..
Semakin menyimpang dari jalan RABBNYA…
Semakin lupa akan KHOLIQNYA….
Semakin lalai dengan nikmat RAHMANNYA…
Semakin tunduk kepada NAFSU AMMARAH yang merosakkan seluruh akhlakku…
Semakin tenggelam dalam bisikan-bisikan SYAITAN yang menyesatkan di segenap inci akidahku….
Wahai hati yang hitam,
Bilakah tangan yang dicintai akan berada di atas tangan yang FAKIR…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah kaki yang dicintai akan jejak di rumah ALLAH yang suci…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah mata yang dicintai akan menundukkan pandangannya daripada hidangan yang haram…..
Wahai hati yang hitam….
Bilakah telinga yang dicintai akan mendengar kalam-kalam ALLAH yang menggetarkan jiwa…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah mulut yang dicintai akan basah dengan ZIKRULLAH…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah badan yang dicintai akan diselubungi AURATNYA…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah lagi…
Sanggupkah kau biarkan dirimu terus terusan dipalit noda…
Diinjak-injak oleh nafsu…
Dibodohkan oleh syaitan…
Diri ini bukan boneka wahai hati yang hitam…
Diri ini perlukan kebenaran wahai hati yang hitam…
Wahai hati yang hitam,
Tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badan…
Terlalu merindui syariat ALLAH..
Berikan mereka hak yang selayaknya…
Merekalah saksi-saksi kau di hari pembalasan nanti…
Sanggupkah kau melihat mereka menjadi penentang kau pada mizan nanti…
Wahai hati yang hitam,
Menyesallah dengan sayyiahmu…
Siramlah dirimu dengan air mata keinsafan…
Sujudlah dan pohon keampunan daripada MAHA PENGAMPUN…
Gembirakan tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badanmu…
Wahai hati yang hitam,
Jadilah seterang-terang cahaya keimanan…
Biarkan nafsu dan syaitan menangis kerana tewas dengan keimananmu…
Cukuplah sekali kau merana kerana mereka…
Cukuplah sekali kau menyesal kerana mereka…
Cukuplah sekali kau dimurkai oleh RABBMU kerana mereka…
Mereka bukanlah sahabat terbaik kau kerana mereka adalah sejahat jahat pendamping…..
Wahai hati yang hitam,
Pendamping terbaikmu adalah ALLAH YANG SATU…
Dekatkan dirimu kepada NYA…
Sujud kepada NYA…
Selangkah kau merapat, seribu langkah DIA mendapatkan kau….
Dialah AR RAHIMMU…
Wahai hati yang hitam,
Kaulah penentu untuk diri ini menerima neraka atau jannah ALLAH…
Sedarlah wahai hati yang hitam…
Kau takkan layak untuk jannah ALLAH,
Kau juga tidak mampu menanggung azab ALLAH…
Sedarlah wahai hati yang hitam…
Sedarlah…


Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wahsalan Ya Ramadhan Al-Mubarak

salam Ramadhan sume.. alhamdulillah. masih dberikan kesempatan dan umur yg panjang untuk bertemu dgn ramadhan thn ini.
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

Semoge kemunculan Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan2 yg seblomnye..
j0m hayati lirik lagu HARAPAN RAMADHAN oleh Raihan. =) sgt menyentuh kalbu..huhu

Harapan Ramadhan 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua




                                                                                         

Wednesday, July 14, 2010

Beristiqamahlah..

Syaaban menjelma, Rejab telah berlalu. begitu cepat masa berlalu jika dihitung. masa yang diberi kepada manusia adalah sama.. 24jam.. tidak berkurang dan tidak berlebihan walau sesaat. namun hanya amalan yang membezakan setiap manusia itu. Apakah setiap masa yang digunakan ke arah perkara lagha atau ke arah perkara yang meberi manafaat. huhu diri ini masih belum berhasil untuk beristiqamah. sedangkan istiqamah itulah yang lebih baik.

sebagaimana dalam firmanNya:
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…” (Hud: 112)

Sabda Rasulullah s.a.w
Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Antara hikmah istiqamah:


  • Akan Selalu Didampingi Malaikat
Seseorang yang istiqamah (teguh pendirian dan tetap melakukan kebaikan) selalunya akan didatangi oleh para malaikat, sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang bermaksud: “…akan turun kepadanya (orang yang istiqamah) para malaikat…”
Seseorang yang apabila didatangi malaikat ia bermakna satu kemuliaan dan keuntungan yang amat besar, sebaliknya manusia yang didatangi oleh syaitan, ia bermakna kehinaan dan bencana yang amat besar.
Apabila malaikat datang, maka yang didatangi akan mendapat keuntungan. Ini disebabkan malaikat itu lambang rahmat, sebaliknya syaitan itu adalah lambang laknat.Ada beberapa kebaikan yang dibawa oleh malaikat:
  1. Mereka merasa senang, gembira dan tidak ada rasa khuatir.
  2. Akan merasa selesa.
  3. Akan selalu berbuat kebaikan dan tidak mengikut hawa nafsu.
  4. Orang yang selalu didatangi malaikat wajahnya akan berseri-seri, dan juga tidak mudah marah dan tersinggung.
  5. Orang yang didatangi malaikat akan berlapang dada.
  • Tidak Ada Rasa Takut
Seseorang yang istiqamah, tidak pernah merasa takut, sebagaimana ayat al-Quran: “…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Al-Fussilat: 30)
Apabila seseorang tidak pernah ada rasa takut, mempunyai keteguhan hati, kuat keyakinannya, kukuh pendiriannya dan besar harapannya kepada Allah.
Pakar motivasi mengatakan: “Akar dari segala bentuk ketakutan adalah ketidak-percayaan. Orang yang merasa asing terhadap hidupnya dan tidak kenal Tuhan serta tidak kenal diri sendiri adalah orang yang ketakutan.”
Untuk menjadi orang yang bebas dari ketakutan, kita harus bergantung kepada Maha Pencipta dan Maha Pemberi segala sesuatu. Kita harus memiliki kepercayaan dan mengenal Dia (Allah). Perasaan terpisah dengan sumber segala sesuatu, seperti anak kecil yang merasa terpisah dengan orang tuanya, akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan.
Dengan demikian jelas mengapa orang yang istiqamah tidak ada perasaan takut? Ini disebabkan apabila telah beristiqamah akan teguh pendiriannya, besar harapannya kepada Allah, kuat keyakinannya.
  • Tidak Ada Rasa Sedih
Orang yang istiqamah tidak mempunyai rasa sedih, sebaliknya mereka sentiasa gembira dan ceria, sebagaimana telah diterangkan di atas.
Seseorang yang istiqamah, ianya tidak ada perasaan sedih. Ini disebabkan orang-orang yang sedih itu merasa kehilangan sesuatu, atau tidak tercapainya sesuatu (gagal). Sedangkan orang yang istiqamah itu telah tertumpu semua pergantungannya itu kepada Allah, mulai dengan hartanya, anaknya dan bahkan dirinya telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah, sebab orang yang istiqamah itu sedar bahawa semua itu milik Allah dan akan kembali kepada Allah.
Apabila ada orang yang merasa sedih kerana kehilangan sesuatu, maka orang yang istiqamah tidak dapat bersedih, kerana ia merasa semua itu adalah memang milik Allah. Mereka merasa hanya sebagai penjaga barang titipan, maka apabila orang yang menitipkan itu mengambilnya semula, maka ia tidak merasa bersedih bahkan merasa tidak ada beban lagi. Itulah hikmah istiqamah.



Beskann hikmahnya.. bila sudah ku lalui hidup ini sebagai seorang mahasiswi barulah aku dapat mengenali pelbagai ragam manusia. Betapa perlunya jati diri yang kuat untuk kita terus berdiri di atas kaki sendiri.  betapa bebasnya pergaulan antara bukan muhrim di universiti. itulah dugaan itulah cabaran. iman yang senipis bawang ini perlu ditebalkan lagi mungkin setebal kulit durian.. huhu 

moge dikurniakan sahibah2 yg baik kerana belum lagi ku temui di sini..
moge2 diri ini diberi ketetapan iman dan kekuatan hati.


         

                                                                                                                         

Wednesday, June 9, 2010

Zoom In Vs Zoom Out

Zoom in dan zoom out adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk bermusahabah diri kita. Terdapat sesuatu yang dapat disingkap di sebalik kejadian Allah dari sekecil-kecil zarah sehinggalah keppada sebesar-besar objek di angkasa. Maha Suci Allah yang menciptakan kejadian alam yang tiada tolok bandingnya.

Perhatikan gambarajah di atas dengan teliti. Jadikan diri anda sebagai subjek. Dengan menggunakana kaedah zoom in dan zoom out ini, kita dapat melihat dan merasakan betapa kerdilnya kita(zoom out) dan betapa halusnya ciptaan Ilahi(zoom in). Daripada sekecil-kecil atom sehinggalah kepada sebesar-besar alam semesta. Jika kita merasakan diri kita hebat, masih ada orang yang lebih hebat daripada kita. Tundukkan hati kita ketika berjalan di bumi Allah. Tinggikan rasa hamba dalam diri kita kepada yang menciptakan kita.

Namun manusia hari ini masih berani melakukan dosa di bumi Allah. Maksiat berleluasa di sana sini.
Pandanglah alam ini dengan pandangan akal dan hati, bukan dengan pandangan nafsu.
Marilah kita kembali berfikir matlamat utama kita dijadikan.
Ingati 5 perkara sebelum 5 perkara.

Tuesday, May 25, 2010

Manisnya TAUBAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesekali bermuhasabah diri, memandang alam ciptaan kebesaranNya, terdetik pelbagai persoalan di hati, mengasak-asak ingin mencari jawapan di sudut hati manusia..
Mengapa susah untuk manusia itu berbuat baik?
Mengapa segelintir manusia itu lebih gemar memilih berbuat jahat? 
Memilih untuk menjalani kehidupan yang berlandaskan nafsu semata-mata? 
Jalan yang penyudahnya mejanjikan azab?
Ingin saja aku menginterview mereka itu? 
Kenapa memilih jalan yang ternyata salah?
Namun hati ini sedar bahawa mereka juga manusia biasa sepertiku, punya akal dan perasaan, punya hawa nafsu, tidak wajar untukku menyalahkan mereka seratus peratus.
Tetap jua ingin diri bertanya, tidak takutkah wahai manusia itu akan azab Allah yang amat pedih?

Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat diri mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari.
Jika diri melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.
Rasalah sendiri panasnya api.
Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.





Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]




Mengapa masih ragu-ragu untuk berubah, bertangguh untuk bertaubat sedangkan mati sentiasa mengintai manusia saban waktu? 
Dan pabila detik kematian telah datang, penyesalan itu sudah tidak berguna, azabNya yang pedih sudah menunggu..nauzubillah hi minzalik. Jadi, mengapa kalian masih berani bertangguh???
Kadangkala statement yang terpapar di akhbar dan majalah dan dari masyarakat sekelilingku seolah-olah menjawab pertanyaanku secara tidak langsung.



Jawab mereka..
Rileks la, time muda enjoy dulu. Hidup cume sekali je, beb. (Antara golongan yang mendapat naungan Allah adalah pemuda yang menghabiskan usia mudanya dengan beribadah kepada Allah)
Aku nak jadi yang biasa-biasa je la.Takdelah yang jenis kuat agama. (Adakah para ustaz dan ustazah itu luar biasa pada mereka? Atau yang betul-betul nak berubah mendalami ilmu ugama pun luar biasa??)
Artis-artis kita pula nak tunggu keikhlasan ada baru nak berubah. (Bila la agaknya ikhlas yang dimksudkan tu?Biarlah they create their own life. Itu urusan mereka dengan Allah.)

Ada juga segelintir individu yang sudah menyimpang jauh dari jalan kebenaran masih berasa ragu-ragu akan pintu keampunan Allah yang begitu luas terbuka untuk para hambaNya yang berdosa.Mungkin disebabkan faktor persekitaran yang tidak membantu mereka.
Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.

Perubahan itu memang payah pada awalnya. Diri ini juga sedang bertatih meniti perubahan itu. Berjuanglah wahai saudara seislamku, perjuangan itu memang pahit namun Dia menjanjikan syurga yang manis.Andai ada detik hitam semalam, tinggalkan saja di belakang. Jangan jadikan ia sebagai sesuatu yang melemahkan kita sebaliknya jadikan ianya sebagai penguat semangat kita untuk terus maju ke depan.Buang semua karat jahiliyah yang masih ada dalam diri. Berniatlah, kerana Allah akan diri digagahi untuk diteruskan sisa hidup ini.Biar ditebus segala dosa selagi jasad bernyawa.
Perubahan itu pula susah untuk istiqamah.Ini kerana manusia itu mudah lalai.Perlu sentiasa ditazkirah setiap hari.Perlu sentiasa saling mengingati.Ini kerana jika tidak ada yang mengingatkan, manusia itu akan mudah hanyut dalam arus kegelapan.Jangan biarkan diri kita masih terumbang-ambing dengan hiburan semata. Ayuh bangkitlah wahai manusia!
Carilah ilmu-ilmu positif yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.Tidak memadai hanya mendengar satu ceramah dan memegang satu buku sahaja untuk melakukan anjakan paradigma yang berterusan.Hargai setiap detik yang ada menimba ilmu Allah kerana ilmu Allah itu sangat luas.
Bukan tidak boleh berhibur tetapi ada batasannya.Dunia penuh godaan dan dugaan.Iman sahajalah penyelamat sekeping hati milik diri.Oleh itu binalah kekuatan itu dari sekarang.Usah ditunggu wahai manusia.Pastikan hati sentiasa hidup dengan petunjukNya.Alangkah bahagianya hidup ini..percayalah =)
Berubahlah sementara masih ada keinginan itu.Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah. Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya.Lihat ayat Al-Quran di bawah.

Surah An-Nuur Ayat 40

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar). 


Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.

Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
Wahai sahabatku, ayuhlah bersangka baik dengan Allah.Sebagaimana kita menyanyangi  kekasih hati sepenuh jiwa dan raga, malah Allah lebih menyayangi kita lebih dari itu.Allah telah memberikan nikmatNya yang melimpah-ruah buat kita, namun kita sahaja masih lupa untuk menghargaiNya.Allah tetap sayang pada hambaNya dan masih memberikan peluang untuk berubah.
Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.
Hamparkan seluasnya waktu untuk Allah, pasti Dia aturkan hidup kita sebaiknya.Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Marilah kita bersama-sama meraih redhaNya demi mencapai husnul khatimah..insyaALLAH.







Saturday, May 15, 2010

Apa Khabar Iman???

Sekadar analogi dipetik dari sebuah bl0g http://langkahkhalifahbergelarmusafir.blogspot.com/

tajuk : Syarikat Kita

Cerita ni pasal sebuah syarikat yang sebelom ni boleh la dikatakan maju.Namun selepas si GM(general manager) tambah beberapa pekerja baru,si Gm ni merasekan yang syarikatnya semakin berterabuh,tapi maju.Iman,ketua sebuah jabatan kat syarikat ni,ingin meletakkan jawatan.


Iman :Assalamualaikum bos..
GM    :Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. 
         Lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman :Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
GM    :Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya
         berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman :Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.
         VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..
GM    :Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
         mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
         gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar…
Iman :Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran,
         zikir, ma’thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan 
         mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
GM    :Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman :Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah
         punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan 
         gembira..
GM    :Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!
         Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..
Iman :Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari 
         tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan 
         kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan 
         makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa,
         tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami.

 
         Kebajikan kami tak terjaga…
GM    :Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji,
         kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.
Iman :Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan. 
         Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi 
         melupakannya?
GM    :Janganlah menyalahkan saya..
Iman :Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang
         bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang 
         rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak 
         suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
GM    :Awak tak melawan Encik Dosa ke?
Iman :Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah,
         sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..
         Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan. 
         Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan 
         amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami
         meminta yang sedikit?
GM  :Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman:Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami 
         bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan 
         kepada mereka.Siapalah kami..
GM  :Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..
Iman:Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan
          perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, 
          percuma je khidmat kami.
GM  :Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu
         percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak
          boleh.. Saya rimas..
Iman:(Senyum sinis) Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak
           perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan
          perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami
          maafkan tuan..
GM   :Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli
            jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.
Iman: Tuan betul-betul sanggup?
GM   :Ya, saya kelam kabut sekarang.. Tak tenang, management
           berterabur..
Iman: Alhamdulillah.. Kami free of charge..Tuan takkan rugi,
           sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO, 
          Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..
GM :Terima kasih..Panggillah ahli jawatan kuasa kamu bekerja
          semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik
          ma’thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?
Iman:Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini
         dan seterusnya
GM :Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..

Daripade cerita ni,harap semua ambillah iktibar ye.Kita letakkan GM tu sebagai diri kita,syarikat itu hati kita.....Sesungguhnya kita semakin hari semakin jauh dari CEO kita...Renungkanlah....


Wassalam...


Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...