Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesekali bermuhasabah diri, memandang alam ciptaan kebesaranNya, terdetik pelbagai persoalan di hati, mengasak-asak ingin mencari jawapan di sudut hati manusia..
Mengapa susah untuk manusia itu berbuat baik?
Mengapa segelintir manusia itu lebih gemar memilih berbuat jahat?
Memilih untuk menjalani kehidupan yang berlandaskan nafsu semata-mata?
Jalan yang penyudahnya mejanjikan azab?
Ingin saja aku menginterview mereka itu?
Kenapa memilih jalan yang ternyata salah?
Namun hati ini sedar bahawa mereka juga manusia biasa sepertiku, punya akal dan perasaan, punya hawa nafsu, tidak wajar untukku menyalahkan mereka seratus peratus.
Tetap jua ingin diri bertanya, tidak takutkah wahai manusia itu akan azab Allah yang amat pedih?
Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat diri mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari.
Jika diri melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.
Rasalah sendiri panasnya api.
Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.
Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]
Mengapa masih ragu-ragu untuk berubah, bertangguh untuk bertaubat sedangkan mati sentiasa mengintai manusia saban waktu?
Dan pabila detik kematian telah datang, penyesalan itu sudah tidak berguna, azabNya yang pedih sudah menunggu..nauzubillah hi minzalik. Jadi, mengapa kalian masih berani bertangguh???
Kadangkala statement yang terpapar di akhbar dan majalah dan dari masyarakat sekelilingku seolah-olah menjawab pertanyaanku secara tidak langsung.
Jawab mereka..
Rileks la, time muda enjoy dulu. Hidup cume sekali je, beb. (Antara golongan yang mendapat naungan Allah adalah pemuda yang menghabiskan usia mudanya dengan beribadah kepada Allah)
Aku nak jadi yang biasa-biasa je la.Takdelah yang jenis kuat agama. (Adakah para ustaz dan ustazah itu luar biasa pada mereka? Atau yang betul-betul nak berubah mendalami ilmu ugama pun luar biasa??)
Artis-artis kita pula nak tunggu keikhlasan ada baru nak berubah. (Bila la agaknya ikhlas yang dimksudkan tu?Biarlah they create their own life. Itu urusan mereka dengan Allah.)
Ada juga segelintir individu yang sudah menyimpang jauh dari jalan kebenaran masih berasa ragu-ragu akan pintu keampunan Allah yang begitu luas terbuka untuk para hambaNya yang berdosa.Mungkin disebabkan faktor persekitaran yang tidak membantu mereka.
Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.
Perubahan itu memang payah pada awalnya. Diri ini juga sedang bertatih meniti perubahan itu. Berjuanglah wahai saudara seislamku, perjuangan itu memang pahit namun Dia menjanjikan syurga yang manis.Andai ada detik hitam semalam, tinggalkan saja di belakang. Jangan jadikan ia sebagai sesuatu yang melemahkan kita sebaliknya jadikan ianya sebagai penguat semangat kita untuk terus maju ke depan.Buang semua karat jahiliyah yang masih ada dalam diri. Berniatlah, kerana Allah akan diri digagahi untuk diteruskan sisa hidup ini.Biar ditebus segala dosa selagi jasad bernyawa.
Perubahan itu memang payah pada awalnya. Diri ini juga sedang bertatih meniti perubahan itu. Berjuanglah wahai saudara seislamku, perjuangan itu memang pahit namun Dia menjanjikan syurga yang manis.Andai ada detik hitam semalam, tinggalkan saja di belakang. Jangan jadikan ia sebagai sesuatu yang melemahkan kita sebaliknya jadikan ianya sebagai penguat semangat kita untuk terus maju ke depan.Buang semua karat jahiliyah yang masih ada dalam diri. Berniatlah, kerana Allah akan diri digagahi untuk diteruskan sisa hidup ini.Biar ditebus segala dosa selagi jasad bernyawa.
Perubahan itu pula susah untuk istiqamah.Ini kerana manusia itu mudah lalai.Perlu sentiasa ditazkirah setiap hari.Perlu sentiasa saling mengingati.Ini kerana jika tidak ada yang mengingatkan, manusia itu akan mudah hanyut dalam arus kegelapan.Jangan biarkan diri kita masih terumbang-ambing dengan hiburan semata. Ayuh bangkitlah wahai manusia!
Carilah ilmu-ilmu positif yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.Tidak memadai hanya mendengar satu ceramah dan memegang satu buku sahaja untuk melakukan anjakan paradigma yang berterusan.Hargai setiap detik yang ada menimba ilmu Allah kerana ilmu Allah itu sangat luas.
Bukan tidak boleh berhibur tetapi ada batasannya.Dunia penuh godaan dan dugaan.Iman sahajalah penyelamat sekeping hati milik diri.Oleh itu binalah kekuatan itu dari sekarang.Usah ditunggu wahai manusia.Pastikan hati sentiasa hidup dengan petunjukNya.Alangkah bahagianya hidup ini..percayalah =)
Berubahlah sementara masih ada keinginan itu.Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah. Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya.Lihat ayat Al-Quran di bawah.
Surah An-Nuur Ayat 40
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.
Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
Wahai sahabatku, ayuhlah bersangka baik dengan Allah.Sebagaimana kita menyanyangi kekasih hati sepenuh jiwa dan raga, malah Allah lebih menyayangi kita lebih dari itu.Allah telah memberikan nikmatNya yang melimpah-ruah buat kita, namun kita sahaja masih lupa untuk menghargaiNya.Allah tetap sayang pada hambaNya dan masih memberikan peluang untuk berubah.
Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.
Hamparkan seluasnya waktu untuk Allah, pasti Dia aturkan hidup kita sebaiknya.Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Marilah kita bersama-sama meraih redhaNya demi mencapai husnul khatimah..insyaALLAH.
No comments:
Post a Comment