Monday, September 27, 2010

Wahai Hati Yang Hitam


Wahai hati yang hitam,
Diri ini terasa semakin jauh daripada RABBNYA..
Semakin menyimpang dari jalan RABBNYA…
Semakin lupa akan KHOLIQNYA….
Semakin lalai dengan nikmat RAHMANNYA…
Semakin tunduk kepada NAFSU AMMARAH yang merosakkan seluruh akhlakku…
Semakin tenggelam dalam bisikan-bisikan SYAITAN yang menyesatkan di segenap inci akidahku….
Wahai hati yang hitam,
Bilakah tangan yang dicintai akan berada di atas tangan yang FAKIR…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah kaki yang dicintai akan jejak di rumah ALLAH yang suci…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah mata yang dicintai akan menundukkan pandangannya daripada hidangan yang haram…..
Wahai hati yang hitam….
Bilakah telinga yang dicintai akan mendengar kalam-kalam ALLAH yang menggetarkan jiwa…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah mulut yang dicintai akan basah dengan ZIKRULLAH…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah badan yang dicintai akan diselubungi AURATNYA…
Wahai hati yang hitam,
Bilakah lagi…
Sanggupkah kau biarkan dirimu terus terusan dipalit noda…
Diinjak-injak oleh nafsu…
Dibodohkan oleh syaitan…
Diri ini bukan boneka wahai hati yang hitam…
Diri ini perlukan kebenaran wahai hati yang hitam…
Wahai hati yang hitam,
Tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badan…
Terlalu merindui syariat ALLAH..
Berikan mereka hak yang selayaknya…
Merekalah saksi-saksi kau di hari pembalasan nanti…
Sanggupkah kau melihat mereka menjadi penentang kau pada mizan nanti…
Wahai hati yang hitam,
Menyesallah dengan sayyiahmu…
Siramlah dirimu dengan air mata keinsafan…
Sujudlah dan pohon keampunan daripada MAHA PENGAMPUN…
Gembirakan tangan, kaki, mata, telinga, mulut dan badanmu…
Wahai hati yang hitam,
Jadilah seterang-terang cahaya keimanan…
Biarkan nafsu dan syaitan menangis kerana tewas dengan keimananmu…
Cukuplah sekali kau merana kerana mereka…
Cukuplah sekali kau menyesal kerana mereka…
Cukuplah sekali kau dimurkai oleh RABBMU kerana mereka…
Mereka bukanlah sahabat terbaik kau kerana mereka adalah sejahat jahat pendamping…..
Wahai hati yang hitam,
Pendamping terbaikmu adalah ALLAH YANG SATU…
Dekatkan dirimu kepada NYA…
Sujud kepada NYA…
Selangkah kau merapat, seribu langkah DIA mendapatkan kau….
Dialah AR RAHIMMU…
Wahai hati yang hitam,
Kaulah penentu untuk diri ini menerima neraka atau jannah ALLAH…
Sedarlah wahai hati yang hitam…
Kau takkan layak untuk jannah ALLAH,
Kau juga tidak mampu menanggung azab ALLAH…
Sedarlah wahai hati yang hitam…
Sedarlah…


Wednesday, September 15, 2010

Minal Aidzin Wal Faizin @ Salam Lebaran!!!

Salam Lebaran salam syawal yg mulia pade sume shbt2ku di SK TAMAN ALAM MEGAH, SMKAM ALAM MEGAH 2, MRSRM KEPALA BATAS, KOLEJ MATRIKULASI PERAK dan UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG. Diri ini memohon seribu kemaafan andai pernah tersalah laku mahupun bicara. Semoga kalian dilindungi Allah walau di mana jua berada =). Sayup2 je takbir bergema mase tgh menaip ni.. huhuhu..
Semoge kita semua dapat berjumpa dgn next Ramadhan jika diizinkanNya.. amin. huhuhu nak baiki tarawih sbb kali ni punye byk miss sbb busy dgn klas mlm+lab. Moge dpermudahkan sem depan. amin...

sume org dok uplod pic raya neh. mau gak ah.. tapi kat blog.huhuh

kuikuikui~ 

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...