Sunday, January 30, 2011

InshaAllah dalam Malay Version :)

video

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah... InsyaAllah...
InsyaAllah... Ada Jalannya...

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa...
Kerana Allah bersamamu...

[chorus]

Kembalilah....
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah...
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar...Jalan yang benar..
Jalan yang benar...

yeee i am ready olready ^^'


Konsert 2011 Maher Zain bakal diadakan pade 25 n 26 Feb 2011 ni kat Stadium Malawati Shah Alam. (tempatku..) hihi promote laaa. tak pat p la maher zain. mase tu sye d ump berperang di dalam lab agaksnyer. sob.sob.sob :( 
haaha cam ye dengar je pulak kan. ape-ape pon ol de best to penyanyi stylo yg sentiasa sempoi dgn seluar jeans n cap dyer tuh. we will olweys support u. teruskan semangat dakwah >.<

Jom hayati bait-bait lirik ni;
"Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu.."
yakinlah bahawa apa jua masalah kecil atau besar jangan sesekali putus asa. sabar dan trus bersabar kerana Allah senantiasa bersama kita hambaNya. Itulah perkara yg slalu manusia lupa saat-saat kita rase keseorangan. sebab sifat manusia tu sendiri pun mudah alpa. Sama-sama perbaiki diri yokk :D inshaAllah pasti ada jalannya!



Take Care 0l my sahabat!


Assalamualaikum sahabat2 ku. Tiap-tiap hari hujan turun kan. Suhu kat Malaysia da ala-ala oversea dah.
Bagi yang tak tahan sejuk seperti sye sile bawak sweater kulu kilih macam sye ni yer.  lagi-lagi kalau masok lecture hol waaa terbaik punye tahap sejuk dyer tak le tahan. huhu.:) hehee supaye anda xmudah kene penyakit bila tekena hujan seperti demam, sakit kepale dan sebagainye seperti sye ni jugak yer.
bwk jugak payung kuluh kilih supaye takla kelam kabut bile hujan tibe-tibe turun tanpe isyarat mcm yg sye pernah kene disebabkan payung patah!! azam baru nak beli payung yang kukuh cuti ni. hahaah
bagi kaum laki2 jgn la ala-ala macho tamao pakai payung hujan-hujan ni. org tak heran dah laki pakai payung sbb sekarang musim hujan ni. :p untuk kesihatan diri anda-anda jugak kan. mencegah lebih baik kan kan kan..??

kalau sakit jangan lupa makan ubat. jangan skip ubat macam sye ni! :p
cuti-cuti ni jom isi masa dengan perkare-perkare bermanfaat seperti bace novel banyak-banyak seperti saye ni...( bermanfaat ke?? ) tak kesahlaaa. layan
okey ye. wasalam.

العناية الشخصية :)

Sunday, January 23, 2011

Manusia itu Kita

^_^

Manusia itu sifatnya mudah alpa,
Kehidupan dunia disibukkan dengan urusan seharian,
kadang-kala kita bergelak ketawa sakan..
tanpa menyedari kemungkinan kita akan menangis pada hari esoknya pula

Manusia itu mudah leka,
andai di hadapan matanya dibentangkan dengan pelbagai kemewahan,
pelbagai keseronokan yang sememangnya disukai nafsu kita sendiri,
hanya iman yang menjadi ukuran setiap langkah yang diambil

Manusia itu ragamnya pelbagai,
kepala sama hitam tetapi isi hatinya lain-lain..
terpulang pada kita untuk memilih antara 2 jalan
iaitu jalan ketakwaan dan jalan kefasikan

Allah bersumpah demi jiwa dan seluruh penyempurnaan-Nya. Setelah itu Dia mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan kepada manusia. Maka beruntunglah siapa yang mensucikan hatinya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Friday, January 7, 2011

Pertolongan Allah itu Amat Dekat

Pernah rasa? Saat kita ditimpa masalah, kekeliruan perasaan, kita rasa kita tak jumpa jalan keluar atau kita tak tau macam mana cara nak selesaikan masalah. Kita rasa sangat buntu dengan diri sendiri. Dan kita mahu menyelesaikan masalah itu tanpa melukai hati orang lain/ tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. Percaya lah. Kita hanya perlu menadah tangan berdoa sungguh-sungguh, dengan hati yang betul-betul mengharap agar Allah tunjukkan jalan keluar untuk kita walaupun kecil mana, janji dapat menjadi petunjuk untuk kita keluar dari ke'confuse' an kita.

Perasaan ni seperti tak boleh diungkap, cuma yang pernah merasakan pertolongan Allah itu saja yang dapat rasa betapa manisnya hidup benar-benar bergantung pada Allah. Kerana Allah adalah sebaik-baik penolong dan pelindung kita.

Tanamkan keyakinan yang kuat dalam hati kita. Allah pasti akan memakbulkan doa kita sama ada cepat atau lambat. InsyaAllah , tanpa kita sedari bila kita niat betul-betul inginkan pertolongan Allah, Allah yang akan selesaikan masalah kita sama ada kita sedar atau tanpa kita sedari. Maka ucapkanlah Alhamdulillah.

Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
.: Al Baqarah 214:.

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendakin)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
.: At Thalaaq 2-3 :.


Amin... :)

Saturday, January 1, 2011

2011 : new SEM new SPIRIT

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, kita masih dpt bernafas sehingge detik 2011 ni. Syukur~
macam-macam kenangan sepanjang tahun 2010. kesibukan hidup d matrik, saat-saat akhir d matrik, mendaftar masuk UMP, melalui minggu orientasi, kuliah sbg student degree, assignment, quiz, test, final exam dan blablabla. lip lap lip lap.. da abis satu sem. sangat pantas ya masa berlalu cekarang. 
Kenangan manis+Kenangan pahit=Tidak mungkin akan ku lupa!!! :D


Sem 2
Sem 2 akan bermula 3hb Januari 2011 ini. yehh besemangat baru dan confident utk melangkah berjuang! :)
AJA-AJA FIGHTING! 
Subjek-subjek yang bakal ku hadapi dengan penuh kekuatan mental n fizikal.. insyaAllah :
Microbiology, Organic Chemistry, Microbiology Lab, Organic Chemistry Lab, Industrial N Laboratory Safety, Industrial Statistics, Technical Writing.
Akan ku belasah subjek-subjek ni sekuat ati ku. dush dush! hehe akan ku buat yg terbaik, usaha semaksima mungkin untuk meningkatkan prestasi. Semoga semangat ini terus membara dan membara sehingga terbakar~
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami...amin.

Semoga juga sem ni aku dpt memperbaiki ilmu agama ku kerna sangat lah masih cetek lagi ilmu ku. Semoga ke busy an meneruskan kuliah tak menghalangku tuk join program2 yg dianjurkan SAHAM. Sbb sem lps tak berpeluang langsung tuk join kem-kem ibadah. :( sedih la. sob sob sob.
Tingkatkan keimanan, naiktaraf kualiti ibadah, luruskan niat, ikhlaskan hati! bak kata Maher Zain ; inshaAllah :) slogan terbaru di pasaran =p

dan sebab itu lah... new SEM new SPIRIT!!!


alkisah.. saat2 akhir di rumah baru nak buat kek. yummy!! :)

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...