^_^
Manusia itu sifatnya mudah alpa,
Kehidupan dunia disibukkan dengan urusan seharian,
kadang-kala kita bergelak ketawa sakan..
tanpa menyedari kemungkinan kita akan menangis pada hari esoknya pula
Manusia itu mudah leka,
andai di hadapan matanya dibentangkan dengan pelbagai kemewahan,
pelbagai keseronokan yang sememangnya disukai nafsu kita sendiri,
hanya iman yang menjadi ukuran setiap langkah yang diambil
Manusia itu ragamnya pelbagai,
kepala sama hitam tetapi isi hatinya lain-lain..
terpulang pada kita untuk memilih antara 2 jalan
iaitu jalan ketakwaan dan jalan kefasikan
Allah bersumpah demi jiwa dan seluruh penyempurnaan-Nya. Setelah itu Dia mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan kepada manusia. Maka beruntunglah siapa yang mensucikan hatinya dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.
1 comment:
Manusia sangat mudah lupa. :)
Post a Comment