Wednesday, July 14, 2010

Beristiqamahlah..

Syaaban menjelma, Rejab telah berlalu. begitu cepat masa berlalu jika dihitung. masa yang diberi kepada manusia adalah sama.. 24jam.. tidak berkurang dan tidak berlebihan walau sesaat. namun hanya amalan yang membezakan setiap manusia itu. Apakah setiap masa yang digunakan ke arah perkara lagha atau ke arah perkara yang meberi manafaat. huhu diri ini masih belum berhasil untuk beristiqamah. sedangkan istiqamah itulah yang lebih baik.

sebagaimana dalam firmanNya:
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu…” (Hud: 112)

Sabda Rasulullah s.a.w
Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Antara hikmah istiqamah:


  • Akan Selalu Didampingi Malaikat
Seseorang yang istiqamah (teguh pendirian dan tetap melakukan kebaikan) selalunya akan didatangi oleh para malaikat, sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang bermaksud: “…akan turun kepadanya (orang yang istiqamah) para malaikat…”
Seseorang yang apabila didatangi malaikat ia bermakna satu kemuliaan dan keuntungan yang amat besar, sebaliknya manusia yang didatangi oleh syaitan, ia bermakna kehinaan dan bencana yang amat besar.
Apabila malaikat datang, maka yang didatangi akan mendapat keuntungan. Ini disebabkan malaikat itu lambang rahmat, sebaliknya syaitan itu adalah lambang laknat.Ada beberapa kebaikan yang dibawa oleh malaikat:
  1. Mereka merasa senang, gembira dan tidak ada rasa khuatir.
  2. Akan merasa selesa.
  3. Akan selalu berbuat kebaikan dan tidak mengikut hawa nafsu.
  4. Orang yang selalu didatangi malaikat wajahnya akan berseri-seri, dan juga tidak mudah marah dan tersinggung.
  5. Orang yang didatangi malaikat akan berlapang dada.
  • Tidak Ada Rasa Takut
Seseorang yang istiqamah, tidak pernah merasa takut, sebagaimana ayat al-Quran: “…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Al-Fussilat: 30)
Apabila seseorang tidak pernah ada rasa takut, mempunyai keteguhan hati, kuat keyakinannya, kukuh pendiriannya dan besar harapannya kepada Allah.
Pakar motivasi mengatakan: “Akar dari segala bentuk ketakutan adalah ketidak-percayaan. Orang yang merasa asing terhadap hidupnya dan tidak kenal Tuhan serta tidak kenal diri sendiri adalah orang yang ketakutan.”
Untuk menjadi orang yang bebas dari ketakutan, kita harus bergantung kepada Maha Pencipta dan Maha Pemberi segala sesuatu. Kita harus memiliki kepercayaan dan mengenal Dia (Allah). Perasaan terpisah dengan sumber segala sesuatu, seperti anak kecil yang merasa terpisah dengan orang tuanya, akan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan.
Dengan demikian jelas mengapa orang yang istiqamah tidak ada perasaan takut? Ini disebabkan apabila telah beristiqamah akan teguh pendiriannya, besar harapannya kepada Allah, kuat keyakinannya.
  • Tidak Ada Rasa Sedih
Orang yang istiqamah tidak mempunyai rasa sedih, sebaliknya mereka sentiasa gembira dan ceria, sebagaimana telah diterangkan di atas.
Seseorang yang istiqamah, ianya tidak ada perasaan sedih. Ini disebabkan orang-orang yang sedih itu merasa kehilangan sesuatu, atau tidak tercapainya sesuatu (gagal). Sedangkan orang yang istiqamah itu telah tertumpu semua pergantungannya itu kepada Allah, mulai dengan hartanya, anaknya dan bahkan dirinya telah diserahkan sepenuhnya kepada Allah, sebab orang yang istiqamah itu sedar bahawa semua itu milik Allah dan akan kembali kepada Allah.
Apabila ada orang yang merasa sedih kerana kehilangan sesuatu, maka orang yang istiqamah tidak dapat bersedih, kerana ia merasa semua itu adalah memang milik Allah. Mereka merasa hanya sebagai penjaga barang titipan, maka apabila orang yang menitipkan itu mengambilnya semula, maka ia tidak merasa bersedih bahkan merasa tidak ada beban lagi. Itulah hikmah istiqamah.



Beskann hikmahnya.. bila sudah ku lalui hidup ini sebagai seorang mahasiswi barulah aku dapat mengenali pelbagai ragam manusia. Betapa perlunya jati diri yang kuat untuk kita terus berdiri di atas kaki sendiri.  betapa bebasnya pergaulan antara bukan muhrim di universiti. itulah dugaan itulah cabaran. iman yang senipis bawang ini perlu ditebalkan lagi mungkin setebal kulit durian.. huhu 

moge dikurniakan sahibah2 yg baik kerana belum lagi ku temui di sini..
moge2 diri ini diberi ketetapan iman dan kekuatan hati.


         

                                                                                                                         

No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...