Monday, May 30, 2011
Ayuh pertahankan halawatul iman.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain. Sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah(dan bukan suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a)
Jom cek balik diri kita. Bila ada tiga perkara ini dalam diri, insyaAllah seseorang itu boleh dikatakan sudah berjaya merasai kemanisan iman. Bila selama ini kita terasa payah mahu istiqamah dalam melakukan sesuatu amal, apabila dilakukan berterusan, disertai dengan keikhlasan dari hati sedikit demi sedikit, lama kelamaan akan terasa lazatnya ibadah yang dilakukan hanya dengan hati yang mengharapkan keredhaan Allah. Maka kebiasaan amal yang dilakukan akan terasa keseronokannya dan bila tidak dilakukakan, hati akan rasa resah. Alhamdulillah orang mukmin yang merasa situasi ini telah mencapai halawatul iman.
Allah saja yang berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki. Ayuh bersyukurlah dan pertahankan kemanisan iman itu kerana Allah jua yang berkuasa menarik kembali jika Dia kehendaki.
"Ya Allah, janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau mengurniakan kemanisan iman itu kepada kami. Amin."
Orang mukmin yang mendapat kemanisan iman, pasti hatinya sentiasa hidup. Hidup dengan ayat-ayat cinta Allah. Mereka sentiasa yakin dengan janji-janji Allah.
Seperti analogi ikan di lautan masin, masinnya air lau tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.
Walau ke mana jua melangkah, hati mereka sentiasa mengingati Allah, takut melakukan dosa kerana mereka tau Allah sedang memerhatikan setiap perlakuan mereka. InsyaAllah apa jua dugaan yang mendatang, hati yang hidup ini pasti dapat menghadapinya dengan pergantungan yang kuat pada Rabbnya kerana
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah; 286)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, " Perbanyakkanlah ucapan LAAILAHAILLALLAH"
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
3 tips elak iman luntur:
1. Tingkatkan kualiti ibadah
2. Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah
3. Sentiasa menghadiri majlis ilmu
inspirasi: Solusi isu No.30
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
thanks kongsi input solusi.tak sabar balik nk beli.
Post a Comment