Nasihat dan teguran adalah tanda kasih sayang seseorang, bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka. Kadang kala nasihat yang berhikmah mampu mencairkan hati yang keras, teguran yang membina mampu menyedarkan kekhilafan yang dilakukan secara tidak sengaja.
Nasihat dan teguran sesama sahabat, guru, ibu bapa ataupun sesiapa sahaja sangatlah perlu tatkala iman kita mula berkurang, hati kita rasa gundah, bila kita lebih tertarik kepada duniawi. Lagi-lagi kita sesama muslim harus saling mengingati antara satu sama lain. Jika tiada yang mengingatkan kita, kita akan terus leka dalam hidup. Kebiasaannya manusia tidak mampu melihat kelemahan diri sendiri malah kita sendiri yang memerlukan orang lain untuk menilai di mana kelemahan diri kita. Walau setinggi mana egonya kita, percayalah akhirnya kita pasti akan mencari seseorang yang boleh mendengar dan menasihati kita apabila kita berhadapan dengan masalah yang kita fikir kita tidak kuat mengahadapinya kerana sudah fitrah bahawa manusia itu saling memerlukan untuk membimbing ke jalan yang lurus.
Saya sendiri harap saya sentiasa dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang sentiasa tak jemu menasihati dan memberi teguran yang baik kepada diri. Nasihat itu amat manis sesungguhnya. :)
"Tiada yang hadiah lebih berharga selain nasihat yang baik"
maka.. nasihati aku, tegurlah aku.

2 comments:
mira, ade blog eh? waaa! maju2..
^^
hehe :)
Post a Comment