Thursday, December 16, 2010

Hanya Kata Semangat

Setiap manusia pasti akan diuji dengan ujian. Tidak kira sama ada kesenangan atau kesusahan. Kesihatan atau kesakitan. Setiap masalah atau perkara yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya. Carilah hikmahnya kerana setiap apa yang Allah tentukan pasti tidak akan sia-sia. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Teruslah berjalan di atas bumi Allah dengan pergantungan yang kuat kepadaNya. Carilah sesuatu yang dapat membuat hidup lebih bermakna. Selalulah memerhatikan kebesaranNya melalui keindahan-keindahan penciptaanNya supaya hati kita lebih tenang. Jatuh bangun sudah menjadi lumrah kehidupan setiap insan. Apabila tersungkur, gagahkanlah diri untuk terus bangun. Jangan mencari alasan tetapi carilah keupayaan untuk terus melangkah. Kuatkan tekad dan utuhkan iman di hati. Sinar hidayah dalam diri perlu terus dipertahankan. Bimbing langkahmu dengan fikiran yang positif. Teruslah menimba ilmu Allah. Mencuba dan terus mencuba. Berdoa dan terus berdoa. Allah pasti memberikan petunjuk untukmu. Dan kau akan mendapati hidup ini sangat indah! ^_<


No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...