Thursday, December 30, 2010

Sejarah tercipta. >congrats ya Malaysiaku

Sejarah tercipta. Itulah headline Harian Metro Online pada hari ni. Skuad Harimau Malaya berjaya mengalahkan Sang Garuda dengan agregat 4-2 menjadikan Piala Suzuki milik Malaysia mlm tadi.
Berikut diambil sedikit daripada petikan Harian Metro Online hari ini:

"Skuad Harimau Malaya yang turun dengan bekalan tiga gol pada aksi perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno nyata tidak gentar dengan sorakan kira-kira 95,000 penyokong Sang Garuda di dalam stadium.

Mereka sebaliknya turun dengan penuh bersemangat dan bijak mengawal permainan bagi mengekalkan kelebihan tiga gol yang dimiliki hasil kemenangan di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu."

Congrats. anda semua :)

Mohd Safee Sali berjaya menjaringkan gol pada minit ke53 permainan. Even Sang Garuda berhasil menjaringkan dua gol iaitu dari Mohammad Nasuha pada minit ke71 dan seterusnya Mohammad Ridwan pada minit ke87, namun huhu kejuaraan tetap berpihak pada Harimau Malaya disebabkan kemenangan 3 gol yg dibawa mereka sebelum ini dalam final match pusingan pertama di Stadium Nasional, Ahad lalu. Inilah yang dikatakan rezeki tidak ke mana.


Memang tak dinafikan, disebabkan kehebatan golkeeper kita yg satu ni, Harimau Malaya berjaya meraih kemenangan malam tadi. Memang pantas setiap kali dia berjaya menangkap bola satu demi satu yg cuba digolkn oleh Sang Garuda. Macam ada magnet tangan dia dengan bola tu. tiap kali dapat bola, dye peluk bola tu kuat2. mmg sayang bola la hang. Goalkeeper yg cool. hoho. Caya laahhh.

____________________________________________________________________

Tidak kira apa jenis sukan pon dapat menyatukan ummah sebab sukan itu juga ibadah.
Semoge tidak ada pertelingkahan antara Indonesia dan Malaysia di internet yg mmg tgh berlaku sekarang.
Pandanglah kejayaan atau kekalahan dari sudut positif, bukan digunakan utk saling menjatuhkan.
Tidak patut la kalau kita semua saling berbalah disebabkan isu2 kecil (spt laser) sambil disaksikan negara2 barat kat luar sana.Kita berasal dari satu rumpun yang sama, berpegang pada agama yg sama, Islam.. jadi kenapa nak berbalah.
Seharusnya kita bersatu! 

p/s: besok cuti!!! :)




2 comments:

hanizah nor said...

hahaha..congrats3 semua anak2 Malaysia..kalu x menang pun memang kita tgh cuti mira..hehe

nor amira said...

=) tu lah, tak rase dah cuti nya. haha. go go Harimau Malaya! =)

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...