Thursday, December 2, 2010

Armagedon 2012 : Bencana Akhir Zaman


Buku ini mendedahkan rahsia di sebalik fakta pembikinan filem 2012. Mendedahkan perbalahan antara para saintis dan pakar sejarah mengenai penemuan Kalendar Maya yang mencetuskan seribu tanda tanya. Ada pihak yang menolak dakwaan ini dan tidak kurang juga yang mempercayainya. Huru hara dunia semakin kompleks seolah-olah membenarkan dakwaan ini. Kiamat pasti berlaku. persoalannya bila?
_____________________________________________________________


Apakah maksud perkataan itu ? Armageddon ? . Sebenarnya maksud Armageddon ialah berasal dari 2 perkataan dari bahasa ibrani iaitu ;

Ar bermaksud bukit atau gunung

Mageddo ialah nama satu lembah yg terletak di Palestin ( di sini lah dijangkakan akan berlakunya ibu segala peperangan itu ) Lembah itu bermula dari Mageddo yg terletak di utara sehinggalah membentang ke sebelah selatan sehinggalah ke suatu tempat yg bernama Edom . Jarak di antara keduanya ialah lebih kurang sejauh 200 batu manakala lebarnya lebih kurang 100 batu dari laut putih yg terletak di barat sehinggalah ke sebelah timur ( Bukit Mohab)
Selain digelarkan sebagai ibu segala peperangan ,perang Armageddon ini juga dikenali sebagai " peristiwa besar dan peristiwa kehancuran" ada juga yg mengelarkan dengan " Perang persekutuan -internasional " ada juga melabelkan sebagai "strategi perang raksasa " ataupun "perang dunia ke 4"( ada yg berpendapat perang dunia ke 3 ialah perang dingin diantara USA dengan Soviet Union ) . dan" Perjanjian Perdamaian yg palsu ". Sebenarnya banyak lagi gelaran -gelaran kepada peperangan Armageddon itu.

___________________________________________________________

Buku ini ditulis oleh penulis bestseller Yakjuj Makjuj, Muhammad Alexandar. Buku ini berharga RM31.50 bg sem. M'sia dan RM34.50 bg sbh srwk. mengandungi sebanyak 558 dan sebanyak 22 bab. Terbitan PTS Islamika Sdn.Bhd. my favourite one ^_^ hehe. buku ni saya pinjam dari sorang shbt yg da beli buku ni. so save la duitku di situ =p ala, tak kisah kalau nak beli sendiri sbb tu utk pengetahuan kita2 jugak kan. 

Ada satu definisi kiamat dari buku ni:

                                             ramai orang berteriaK
                                    mencari deadline yang pastI
                                               hancur seluruh duniA
                ah, semua itu ramalan orang pagan kelaM
                         hanya Allah yang tahu segala rahsiA
 supaya hubungan kita dengan Tuhan semakin dekaT

selamat membaca pada anda-anda semua dan kepada saya.  sedang membaca, mungkin nanti saya komen kalau ada kesempatan ^_^

rujukan:Tanyalah Ustaz: Akhir Zaman


No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...