Monday, December 6, 2010

1 Muharram 1432H

Assalamualaikum ya sahabat2. Salam awal muharram dan salam maal hijrah. Masa berlalu sgt2 pantas, beerti kita semakin mendekati kematian. Mari muhasabah diri apa yg telah kita perbuat sepanjang 1431 H yg kian berlalu. Apa yang telah kita sumbangkan utk agama sepanjang thn lps, semoga semua amalan kita diterima olehNya. amin.. Tanamkan azam untuk tahun baru 1432H mengikut kemampuan kita, yang penting kita perlu sedaya upaya melaksanakannya dan tidak dibiarkan terkubur begitu sahaja hanya dengan kata-kata. Jom baca doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga kita sentiasa mendapat perlindungan dari Allah.

Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



buat semua sahabat-sahabat ku :-)


No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...