Thursday, April 21, 2011

Istikharah CINTA :)


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

sebuah lagu dari stigma..
suke melodi nye.. byk kali da dgr2...bess try la dgr ye. :)



Saturday, April 16, 2011

Study week!! EXAM :0 !!!

Assalamualaikum.. sahabat2.
Alhamdulillah selesai sudah sesi kuliah sem 2 dlm mse 4 bln yg singkat ni. Tak terasa pantasnye masa berlalu ble kite dibusykan dgn kerje2 universiti ni. Lip lap lip lap da masok minggu study week :O
Waaaaahhhhh...
rasanya da terasa bahang exam kan2.. misti semua tgh bercinte habis2 san dengan buku kan :D
Ya Allah. moge aku dapat membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi exam sem 2 ni. Amin..
teringat pesan madam Hidayah. > "masa itu ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu"  =.=

Strong bond with the Creator

Ni lah asas pertama dalam prinsip UMP. huhu.  salam imtihan..

Jom sahabat2.. peringatan untk diri jue..
Dalam mase kte sibuk buat preparation utk menghadapi final exam ni.. Jangan lupe untuk terus kuatkan hubungan kte dengan pencipta kte. Kuatkan pergantungan kte pada Allah sbb Dialah sebaik2 penolong.

mcm pakcik kartun kat atas ni cakap..
DONT GIVE UP.. JUST KEEP ON TRYING AND ASK HELP FROM ALLAH
yehhh.. cahyok3 bro!! =p cemangat2~.~
Bila kte da berusaha semaksima mungkin, barulah kte bertawakal sepenuhnya pada Allah..

Jaga hubungan kte dgn Allah dgn maintankan amalan2 kte.. @ istiqamah. Lazimkan qiamullail.
InsyaAllah pasti Dia permudahkan jalan urusan kita. Allah kan suka hambaNya berdoa pada Dia.. =)
akhir kata >> selamat berperang kawan2.. sehingga ke helaian kertas exam yg terakhir!!! =)


Thursday, April 7, 2011

Astaghfirullah.. :(

Dua tiga hari kebelakangan ni rasa ade je tak kena dengan diri sendiri. Ya Allah mutabaah aku pun tengah diuji dengan kerja2 dunia yg semakin nak final ni makin banyak. Padahal mutabaah la yg paling penting. Asyik rasa tak kena je. Benar lah kan.. habluminnallah. habluminannas. Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan bereskan atau permudahkan urusan kita dengan manusia. Astaghfirullah.. imanku rasa lemahh saat ni. Ya Allah kuatkan imanku, tetapkan hatiku di jalanMu sentiasa. Istiqamah kan aku. Hamba mohon. Kurniakan ketenangan itu dalam hatiku. Amin..

Sunday, March 6, 2011

Interfaith Dialogue 3

Assalamualaikum..

4hb Mac 2011 , Jumaat lepas.. ada program Interfaith Dialogue 3 kat IIUM, Gombak. Alhamdulillah aku berpeluang menambahkan ilmu dalam program perdebatan ni. :)
Interfaith Dialogue 3 ni adalah program yang bertajuk common misconceptions in my religion yang dijalankan diwakili oleh empat pendebat hebat yg mewakili empat agama yang berlainan iaitu, Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

Representative for ISLAM: Mr Shah Kirit Kakulal Govindji
Representative for Buddhism: Dr Phang Cheng Kar
Representative for Christianity: Mr Chew Phye Keat
Representative for Hinduism: Mr Ragunathan a/l Parasubramaniam

Program ni bertujuan untuk membetulkan kesalahfahaman masyarakat yang sering berlaku terhadap agama.


Sangat menarik perjalanan program ni sebab masing2 mempunyai kebolehan masing2 dalam berdebat dan mempertahankan hujah masing2. Program ni dimulakan dengan sesi 20 minit untuk setiap representative menyampaikan maklumat tentang agama masing2 tanpa menyentuh isu sensitiviti agama lain. Sesi kedua adalah sesi soal jawab.Sesi ni yang paling menyegarkan mata sbb ramai sangat yg respond memberi pertanyaan sampaikan pengacara tu terpaksa meminta penonton2 ni berhenti tanye. 

Sepanjang sesi perbandingan agama ni berlangsung, mr shah, representative utk Islam menjadi perhatian penonton kerana hujahnya yang cukup bernas menggunakan dalil2 al-quran setiap kali dilontarkan pertanyaan. MasyaAllah.. Maha Besar Allah. Pendebat2 agama lain tenggelam dalam kehebatan hujah yang dilontarkan oleh Mr Shah bila sebahagian penonton memilih beliau untuk ditanyakan soalan.
Mr Shah ni adalah seorang mualaf untuk pengetahuan sahabat2. Mungkin di situlah kelebihannya. Subhanallah.. Boleh nampak perbezaannya.. keyakinan beliau dalam berhujah berbanding pembahas2 non muslim yang lain bila ade sorang penonton yang tujukan soalan pada pembahas Cristian, Mr Chew Phye Keat yg lebih kurang macam ni " dalam agama kristian, holy water tu yg diketahui adalah untuk menghapuskan dosa. Jadi saya ingin tahu apakah kandungan holy water tersebut" dan pembahas kristian itu berkata " saya tak tahu". Sedangkan soalan yang biasa macam tu tidak mampu dijawab oleh seorang pembahas Christian tu..Sangat ketara sekali.

Itulah kekuatan Islam. Hanya bersandarkan pada Dia yang Maha Esa. Dan cukuplah berpegang dengan kalimah-kalimah suci al-quran dan hadis sebagai hujah.


  
pemandangan2 yg sempat di snap di uia gombak

p/s: seronok lihat situasi sekeliling di uia. Suasana yang Islamik dan mendamaikan. ^^.
                                                                                                    
                                                                                                                by:
                                                                                                          Nor Amira


Sunday, February 27, 2011

27 Februari 2011 = 20.

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik.. tettttt da masok dua dekad aku hidup atas muka bumi ni .. da naik satu angka menjadikan no 19 ke 20. >>

Tiada lagi zaman belasan.. selepas ini zaman puluhan. hahaha.
Syukran byk2 kepada sahabat2 ku yg menconteng wall ku di fb dgn ucapan2 hari jadi serta diiringi doa. Dan juge sahabat2 yang mengirim ucapan melalui sms. saya hargai ^^.
Semoga kalian juga dimurahkan rezeki dan bahagia selalu dunia dan akhirat. InsyaAllah. ngeee~

Dalam pesanan-pesanan itu, aku tersentuh dengan bait2 pesanan dari adik tsyg
nur afiqah ^^

semoga segala hajat ditunaikan oleh-Nya.
semoga dgn bertambahnya umur, bertambah lagi iman.
semoga terus thabat di atas jalan-Nya.
semoga diberi kekuatan untuk beramal ibadah.
semoga berjaya didunia dan akhirat.
semoga sentiasa dibawah naungan rahmat dan kasih sayang Allah ♥
dan semoga ukhwah ini kekal hingga ke syurga ♥
ameen Allahumma ameen :')
*ukhwah till jannah.


Iringan doa dihulur. Bersyukur kepada-Nya. Atas nikmat usia. Usiamu ibarat mutiara. Hiaskan ia dengan iman bersulamkan taqwa. Agar dapat mengucup haruman Syurgawi. 

*kematian itu sentiasa mengejar dan mengajar.



Benar.. kematian itu sentiasa mengintai kita saban hari. Syukran ya ukhti ^^.



20??

Ada apa pada 20?
Usia 20an,
Dah umur puluhan tahun ni maknanye..
aku harus lebih matang, lebih bersemangat,
sentiasa berfikiran terbuka dan positif,
dan yang penting..
harus meningkatkan kualiti ibadah,
memantapkan iman..
raih cinta Allah, ingat pengorbanan Rasulullah selalu..
hormat mak ayah..
timba ilmu sebanyak yang boleh..
contohi pemuda2 pilihan pejuang kalimah Allah spt Sultan Al-Fateh dan Salahuddin Al-Ayubi
ayuh wahai diri.. sementara usiamu masih muda!!

ku coretkan ini sebagai pesanan untuk diri sendiri .^^.

Alhamdulillah.. romate2 yg tersayang menyambut hari jadiku tahun ni. Saya sangat menghargai kalian ^^. syukran :) Semoga kalian bahagia dunia akhirat ^^
buat cik nina sakina dan cik ateyn chocoholic, thanx.. saye sgt merindui anda berdue ^^. moge ceria selalu

Alhamdulillah, syukur ya Allah. :)


Saturday, February 19, 2011

Malaysia Technology Expo 2011

Assalamualaikum..

Wahhh .. alhamdulillah semalam student-student biotech 1st year berpeluang pergi ke KLCC untuk Malaysia Technology Expo 2011 kat KLCC. Seronok~.~  Kami bertolak dari U pukul 5 pagi.. arrived kat KLCC dalam pukul 10 something. Alhamdulillah .. Allah lindungi kami sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Pameran @ expo ni untuk mempromote produk-produk yang dihasilkan oleh mereka-mereka dari pelbagai Universiti, syarikat dan badan-badan pertubuhan. Besss~ kenape?? sebab boleh kat expo la boleh dapat banyak barang free!!! hahaha..
Banyak sgt2 idea-idea kreatif yg mereka kongsikan dengan kami-kami.. jom. ni antara yang aku suke... >>
Biodegradable Food Container 

Firstly, ni adalah biodegradable food container, produk dari UPM. explanation dari akak ni yang paling2 aku tertarik.. kenapa?? sebab dari cara penerangan akak ni sgt meluas fikiran dye. biodegradable food container ni diilhamkan untuk menggantikan bekas polisterin yang biasa kite guna sekarang ni. Untuk pengetahuan sahabat2, polisterin ni yang kita tau mengandungi banyak campuran bahan kimia. Jadi, bile kite letak makanan panas, bahan kimia dalam polisterin tu akan bertindak balas dengan makanan panas di mana akan membebaskan radiasi yang berbahaya kepada kesihatan kita. Even kalau makanan sejuk pun masih ada lagi tindak balasnya. 

oscibeads

Ni pulak produk Oscibeads dari UPM. Oscibeads ni for remove toxic compounds dari water. Biasanye untuk pond, lake.. dalam aquarium dye kate tak sesuai. Oscibeads ni daripada algae. Algae hidup@tumbuh dalam air. Makanan dye adalah toxic. So bila kita campak oscibeads ni dalam air, dia akan makan semua toksik yang ade sebagai makanan dye. Oscibeads ni pon bila da digunakan dalam air, kita boleh guna sebagai baja. Jadi dye akan recycle dan keistimewaannye di ctu di mana dye akan degradable sendiri @ dalam kata lain, environment friendly ^^.

anti-E.coli hybrid membrane

Yang ini anti-E.coli hybrid membrane, produk dari UTM. menarik jugak produk ni. produk ni untuk menapis e.coli yang ade dalam air. Kadang-kadang, air yang dah ditapis mesti akan terlepas juga bakteria2 e.coli ni, so utk menyelesaikannye,mereka menggunakan silver(campuran untuk menapis e.coli) untuk tapis air tu. waaahh ^^.

dan lain-lain.. actually banyak lagi yg menarik-menarik. tapi disebabkan kesuntukan mase.. smpt kongsi tige ni je dengan sahabat2. 3 test will be coming this week!! :o chayok3.. doakan daku yer :)



ukhwah kami semakin hari semakin rapat ^^.

Tuesday, February 15, 2011

Baginda Qudwah Hasanah

Assalamualaikum.


12 Rabiul Awal. Semua tau tarikh ini adalah tarikh kelahiran kekasih Allah, junjungan besar umat Islam akhir zaman, baginda Rasulullah s.a.w.  Sambutan diadakan, perarakan dilakukan di mana2 sbg tanda mengingati perjuangan Rasulullah menegakkan Islam. Ada juga persoalan-persoalan tentang sambutan Maulidur Rasul ini. Mohon pandangan sahabat semua sebab aku tak arif mengnai hal ini. Tetapi pada pandanganku, kita jadikan hari-hari kita selepas hari ini dengan lebih banyak mendalami, mencontohi dan seterusnya mengamalkan sunnah-sunnah baginda. Tanpa perjuangan baginda, tak dapatlah kita merasa nikmat iman dan Islam yang seperti kecapi saat ini. Syukur alhamdulillah. :) Seronok rasanya mendengar laungan selawat beramai-ramai pada hari seperti ini. Adakah akan terhenti sehingga 12 tengah malam ni? dan akan kembali pada tahun akan datang? Tapi, macam da jadi budaya, laungan semangat selawat itu cuma bergema pada hari Maulidur Rasul sahaja. Buat diriku juga, mari kita zahirkan bersama-sama menzahirkan perasaan cinta kita kepada Rasulullah dengan kerap kali lagi lepas ni dengan berselawat dan mengingati saat-saat perjuangan baginda.
Dengan mendengar kisah-kisah Rasulullah, sifat-sifat mulianya pun insyaAllah sudah mampu melahirkan rasa cinta dan rindu kita pada Rasulullah.



Baginda ikutan kita. baginda tauladan kita, baginda qudwah hasanah kita. Baginda manusia paling agung di muka bumi yang dijanjikan syurga tetapi begitu sibuk beribadah setiap hari kepada Allah. Bahkan saat baginda sedang sakit menghadapi sakaratul maut baginda masih memikirkan nasib umatnya kelak. MasyaAllah. bagaimana dengan diri ini ye?? hmm
___________________________________________________________________

Malam semalam baru berlangsung konsert Kemabara Simfoni, InTeam dan Azhan Atan A.Nasyid dijemput. Seronok :) Esok pula perarakan. Jom3.
minggu ni sangat busy sbb ade dlm 3 4 assgmnt+lab report  kene submit minggu ni. tapi masih bole pulak curik masa update blog. heee. Minggu yang busy dengan assignment+quiz+test berlaku dalam minggu sambutan Maulidur Rasul= ujian dari Allah.chayok2 pasti boleh harungi!!!

p/s. baru lepas potong daging lembu dan tangan sangat busukk :P
                                                                                                                

Friday, February 11, 2011

Aja-aja fighting!

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak blogwalking kerana disibukkan dengan tugasan2 sbg seorang penuntut ilmu.
Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir rasanya da rasa meriahnya dgn rancangan pelbagai program menarik kat sini. Semua sahabat2 da mula sibuk bermeeting2 utk menjayakan aktiviti2.
Seronok sebenarnya lakukan kerja dakwah ni. Nak menyampaikan dakwah bukan senang tapi itulah tanggungjawab bagi setiap orang yang bergelar muslim. Saya ada terbaca dalam buku VT-Hilal Asyraf, "kita kena ada perasaan 'izzah' dalam diri kita untuk menyampaikan Islam pada masyarakat. 'Izzah' tu adalah perasaan bangga terhadap Islam yang nak kita bawa dan tunjuk kepada masyarakat akan keindahan Islam itu sendiri. Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal menjelang, mari banyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah saw. Moga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak. Kepada sahabat-sahabatku yg sedang berjuang tak kira di mana, selamat berjuang di jalan Allah. yakin dengan janji Allah..


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan  meneguhkan kedudukanmu." (47;7)

Antara ayat kegemaran. hehe. InsyaAllah. wallahualam.
                                                                                                                            

Friday, February 4, 2011

Semoga Masih Ada Esok...

~Assalamualaikum~

Islam itu syumul. Islam itu tinggi. Islam itu di mana-mana sahaja. 
Setiap perkara yang dilakukan dalam kehidupan adalah ibadah.
Tidak Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia.
Pasti ada hikmah atas setiap apa yang terjadi.

Ya Allah

~semoga masih ada sinar cahaya untukku pada hari esok~
~semoga cahaya yang menyinar memberikan seribu harapan~
~semoga aku kuat menghadapi cabaran hari esok~
~semoga imanku tidak lentur dek dugaan yang melanda~
~semoga jiwa ini terus merindui tarbiyah ayat-ayat cintaNya~
~semoga aku masih utuh berdiri di atas landasan Islam pada hari esok~
 ~semoga esok masih ada untuk aku meneruskan pencarian cinta hakiki~
~semoga rahmat dan redhaNya mengiringi hidup sehingga roh terpisah dari jasad~

-amin-

1.54 a.m
5 Februari 2011
nukilan: Nor Amira

Wednesday, February 2, 2011

Manfaatkan Alam Maya

Assalamualaikum sahabat2.
Setiap hari kita melayari internet. Intenet, alam maya yang tiada sempadan. Kita menggunakan internet sehingga tidak sedar berjam-jam lamaya kita di hadapan skrin laptop/komputer. huhu. :)  Saban hari kita menggunakan kemudahan internet untuk online laman web sosial etc facebook, twitter, ym, blog, etc
mencari maklumat untuk assignment2 kita, dan sebagainya. Ini adalah dari sudut saya sebagai seorang student. Sangat-sangatlah meluas penggunaanya untuk diungkapkan di sini.

unic keyboard ni ^^

Buat peringatan diri ini juga, setiap kali kita melayari internet dalam jangka masa yang lama, apabila kita menekan butang exit pada window untuk menutup laptop/komputer kita, biarlah selepas itu kita mendapat input yang berguna dan sesuatu yang bermanfaat daripada masa-masa yang telah kita habiskan untuk melayari internet itu. Elakkan daripada melayari perkara yang sia-sia di alam maya. Maksud saya di sini lakukanlah pembacaan yang berilmiah dan kalau lebih bagus pembacaan yang dapat mengisi jiwa dan rohani kita sambil kita mengingatiNya. Rohani kita juga perlukan makanan iaitu pengisian jiwa. Contohnya membaca artikel-artikel, dan website-website yang isinya memberi manfaat dan juga dapat membuatkan kita berfikir sejenak tentang kebesaran dan keagungan Ilahi. Bukankah berfikir itu lebih baik daripada beribadah selama 70 tahun??  :) Maka manfaatkan setiap masa yang ada dengan perkara-perkara yang berfaedah.

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. " 
.: Al ´Ashr ; 1-3 :.

Mudah-mudahan setiap apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah dan bertujuan untuk mendapatkan redhaNya.  :) 

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...