Friday, February 11, 2011

Aja-aja fighting!

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak blogwalking kerana disibukkan dengan tugasan2 sbg seorang penuntut ilmu.
Alhamdulillah, sambutan Maulidur Rasul yang semakin hampir rasanya da rasa meriahnya dgn rancangan pelbagai program menarik kat sini. Semua sahabat2 da mula sibuk bermeeting2 utk menjayakan aktiviti2.
Seronok sebenarnya lakukan kerja dakwah ni. Nak menyampaikan dakwah bukan senang tapi itulah tanggungjawab bagi setiap orang yang bergelar muslim. Saya ada terbaca dalam buku VT-Hilal Asyraf, "kita kena ada perasaan 'izzah' dalam diri kita untuk menyampaikan Islam pada masyarakat. 'Izzah' tu adalah perasaan bangga terhadap Islam yang nak kita bawa dan tunjuk kepada masyarakat akan keindahan Islam itu sendiri. Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal menjelang, mari banyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah saw. Moga kita beroleh syafaat baginda di akhirat kelak. Kepada sahabat-sahabatku yg sedang berjuang tak kira di mana, selamat berjuang di jalan Allah. yakin dengan janji Allah..


"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan  meneguhkan kedudukanmu." (47;7)

Antara ayat kegemaran. hehe. InsyaAllah. wallahualam.
                                                                                                                            

No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...