Wahhh .. alhamdulillah semalam student-student biotech 1st year berpeluang pergi ke KLCC untuk Malaysia Technology Expo 2011 kat KLCC. Seronok~.~ Kami bertolak dari U pukul 5 pagi.. arrived kat KLCC dalam pukul 10 something. Alhamdulillah .. Allah lindungi kami sepanjang perjalanan pergi dan balik.
Pameran @ expo ni untuk mempromote produk-produk yang dihasilkan oleh mereka-mereka dari pelbagai Universiti, syarikat dan badan-badan pertubuhan. Besss~ kenape?? sebab boleh kat expo la boleh dapat banyak barang free!!! hahaha..
Banyak sgt2 idea-idea kreatif yg mereka kongsikan dengan kami-kami.. jom. ni antara yang aku suke... >>
Biodegradable Food Container
Firstly, ni adalah biodegradable food container, produk dari UPM. explanation dari akak ni yang paling2 aku tertarik.. kenapa?? sebab dari cara penerangan akak ni sgt meluas fikiran dye. biodegradable food container ni diilhamkan untuk menggantikan bekas polisterin yang biasa kite guna sekarang ni. Untuk pengetahuan sahabat2, polisterin ni yang kita tau mengandungi banyak campuran bahan kimia. Jadi, bile kite letak makanan panas, bahan kimia dalam polisterin tu akan bertindak balas dengan makanan panas di mana akan membebaskan radiasi yang berbahaya kepada kesihatan kita. Even kalau makanan sejuk pun masih ada lagi tindak balasnya.
oscibeads
Ni pulak produk Oscibeads dari UPM. Oscibeads ni for remove toxic compounds dari water. Biasanye untuk pond, lake.. dalam aquarium dye kate tak sesuai. Oscibeads ni daripada algae. Algae hidup@tumbuh dalam air. Makanan dye adalah toxic. So bila kita campak oscibeads ni dalam air, dia akan makan semua toksik yang ade sebagai makanan dye. Oscibeads ni pon bila da digunakan dalam air, kita boleh guna sebagai baja. Jadi dye akan recycle dan keistimewaannye di ctu di mana dye akan degradable sendiri @ dalam kata lain, environment friendly ^^.
anti-E.coli hybrid membrane
Yang ini anti-E.coli hybrid membrane, produk dari UTM. menarik jugak produk ni. produk ni untuk menapis e.coli yang ade dalam air. Kadang-kadang, air yang dah ditapis mesti akan terlepas juga bakteria2 e.coli ni, so utk menyelesaikannye,mereka menggunakan silver(campuran untuk menapis e.coli) untuk tapis air tu. waaahh ^^.
dan lain-lain.. actually banyak lagi yg menarik-menarik. tapi disebabkan kesuntukan mase.. smpt kongsi tige ni je dengan sahabat2. 3 test will be coming this week!! :o chayok3.. doakan daku yer :)
ukhwah kami semakin hari semakin rapat ^^.
2 comments:
waaahhhh....bagus2..jauh prjalanan luas pmndangan...huuhuu
:)
Post a Comment