Wednesday, July 6, 2011

Soalan maut : Berapa kerapkah anda menulis blog?

Bismilllahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Post ini aku copy paste dari laman blog BroHamzah
Sekadar saja meletakkanya kembali di laman ini untuk mengingatkan diri ini yang lemah supaya sentiasa beringat. Untuk memusahabah diri, muhasabah niat.
Terkesan dengan entri beliau. Allah..



Berapa kerapkah anda menulis blog?

Ia bukan soal “rajin”nya anda mengupdate blog anda saban hari.

Ia bukan soal anda ini sangat-sangat berdisiplin, bersistematik, kreatif, dinamik dan proaktif dalam mengendali blog sendiri.

Ia juga bukan berkaitan kebijakan dan kepintaran anda menarik berapa ramai readers untuk membaca tulisan di blog.

Malah, ia juga bukan soal pujian dan penghargaan "perkongsian" yang anda postkan di blog-blog anda.

Dan - Ia tidak kisah berapa ramai pengunjung yang menyesakkan trafik di laluan maya anda.

Ia bukannya mempertikaikan kedalaman dan ketinggian ilmu serta pengetahuan yang anda miliki.

Ia bukannya menidakan kehebatan hujjah anda dalam menyampaikan ilmu atau apa sahaja yang dinukilkan di blog peribadi.

Bahkan, ia bukanlah perkara yang penting untuk mengembar-gemburkan jumlah follower yang “setia” dengan blog anda.

Tetapi

Ia adalah soal kewibawaan anda mengamalkan apa yang ditulis, membumikan apa yang dicoretkan dan jujur dengan apa yang dikongsikan.

Ia adalah soal keikhlasan dan ketulusan dalam berkongsi apa yang dirasai dan dialami.

Ia berkait rapat dengan soal akhirat anda. Ketahuilah apa yang ditulis, dicatatkan, diluahkan, diletakan sama ada gambar, bingkisan dan sebagainya – akan dipersoalkan perbuatannya di mahkamah akhirat.

“ Sahabat, usah jadi individu yang tidak berpijak di alam nyata. Dunia online masa kini telah menyibukan kita daripada hakikat dunia offline yang lebih really, benar dan nyata.”

“ Ramai orang begitu gah di alam online, tetapi tiada apa-apa amal di alam offline.”

“ Kita beramal di alam nyata, alam yang dipertimbangkan setiap perbuatan dan amalan seharian kita. Jadilah insan yang seimbang dalam beramal.”

Nasihat,ungkapan dan titipan itu menyerap sedalam-dalamnya ke jantung jiwa. Terasa akan “pukulan” yang memecahkan kebekuan hati sendiri.

Semuanya tertunduk menginsafi.


Semoga dunia offline lebih gah dari apa yang dicoret dalam dunia online. :(

2 comments:

RuMaH TuA said...

Beramal dengan apa yang kita tulis...

nor amira said...

inshaAllah ^_^

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...