Thursday, June 3, 2010

Hidup Tak Selalunya Indah

Ibarat roda, kadang-kadang kita up, kadang-kadang kita down. Itulah lumrah kehidupan. Di suatu ketika bilamana hidup kita dilanda masalah yang tak pernah surut, pasti akan ada satu rasa di mana kita nak lari je dari hidup tu. Saat itulah kekuatan iman menjadi keutamaan. Nasihat dan peringatan sangat diperlukan. Sokongan moral dan kata-kata perangsang dari lidah sang teman menjadi dorongan. Ukhwah fillah semakin dirasakan. Tapi tidak selamanya atau selalunya kita akan dikelilingi teman dan sahabat-sahabat. Pasti suatu masa jua kita akan menjadi bersendirian. Semangat semakin lemah bila persekitaran tiada yang sefikrah dengan hati kita. Ditambah dengan ketukan pintu hati. :/ tok..tok..tok..
Tidak! takkan sesekali ku mengulangi kesilapan yang lalu. langkah ini harus diteruskan jua. Saat ini diri perlu bermuhasabah kembali. Hati perlu dihidupkan dgn ayat-ayat cinta, akal kena diberi makan dengan ilmu, tubuh badan perlu menambahkan amal. Bagaimana pula nak maintain kan iman walau bersendirian??
dan..yes, i g0t the answer. 
pabila aku terbaca satu petikan ayat dari sebuah blog milik seorang akhwat,
"Bila kurang perkara lagho yang kita lakukan, perkara tarbiyah menjadi nikmat dan menjadi kerinduan.
alhamdulillah, ini bermakna, mungkin disebabkan byk perkara2 lagho di sekeliling kita, jiwa kita terasa zero. konklusinya, kurangkan buat perkara sia2, sibukkan diri dengan perkara2 yg bermanfaat.huhu.insyaAllah.Yup, kene lawan rasa malas. Takkan kita cuma kuat masa ada teman2 yg saling menasihati.Di rumah atau ketika bersendirian pun kita kene kuat. Kita pasti teguh pendirian jika kita sepenuhnya bergantung pada Allah.=)
“ Iman itu bukan sekadar kata-kata, bukan sekadar angan-angan, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati dan dibuktikan dengan amal” Al-Hadith.
Aku juga dapat jawapan dari sebuah artikel nukilan hilal asyraf mengenai iman juga bisa mandul jika kita tidak menjaganya.ingin tahu??
selepas baca artikel ni barulah dapat kunilai diri sendiri. bak kata beliau, anda mahukan yang mana?? iman yang mandul atau iman yang subur??
Dan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. kita wajib meneruskan sunnah baginda yang terbesar iaitu berdakwah. hmm... bagaimana??
jujurnye, aku sgt jeles dgn mereka yg berpeluang belajar di sekolah2 beragama. bess kan??Dapat belajar ilmu-ilmu agama dgn lebih mendalam. tapi, dalam apa jua bidang yg kita ceburi, pasti kita boleh selaraskan dgn usaha dakwah kerana semua ilmu itu datangnya dari Allah. Subhanallah. Asalkan kita tidak jemu mencari ilmu itu. =) Boleh, bole, boleh...

dinukilkan ketika diri dilanda seribu kekeliruan dlm hati.. wallahualam.

No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...