Sunday, July 24, 2011

Jom Target Ramadhan

Assalamualaikum..
InsyaAllah dalam lebih kurang seminggu lagi Ramadhan bakal menjelma. 
Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadhan ini.

Masuklah Ramadhan dengan persediaan dan matlamat, persiapkan diri kita untuk menjadi hamba yang baik sebelum tibanya Ramadhan. Bila masuknya Ramadhan, kita manfaatkan sepenuhnya, melipatgandakan ibadah, muhasabah diri untuk mencari redhaNya, supaya bila kita keluar dari Ramadhan, kita akan menjadi hamba yang lebih baik. Kita akan dapat ketenangan itu dan kekuatan untuk kita terus istiqamah dalam misi menjadi hamba yang berjaya dunia dan akhirat.
Semoga kita dapat jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna, seakan-akan Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita sebab kita pun tak tahu adakah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. InsyaAllah ye.. sama-sama kita.

Jom letakkan target kita untuk Ramadhan kali ini, contohnya..
-tingkatkan bacaan Al-Quran setiap hari,
-memperbanyakkan tadabbur ayat-ayat Al-Quran,
-menghabiskan pembacaan buku2 fikrah,
-dan lain-lain 
(sekadar contoh)

apa saja target mengikut kemampuan masing-masing..
insyaAllah nak cuba mencapai target sendiri =.= doakan ya =] 
Masih tak berpeluang nak sambut 1 Ramadhan kat rumah sendiri, macam tahun-tahun lepas, tapi tak apalah.. setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya kan. Perancangan Allah itu lebih baik untuk hamba-hamba-Nya.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
~(Al-Baqarah 2:216)~
Tapi syukur alhamdulillah, Ramadhan kali ni berlaku dalam waktu cuti semester, jadi kuranglah satu komitmen, alhamdulillah rezeki.  =) 
Sykran Jazilan dari saya..


                                       


TAKDIR - Hilal Asyraf

Bismillahirrahmanirahim..
Assalamualaikum. Lame ye rasanya tak jenguk ke blog ni. :)
Jom kali ni Takdir ^_^

                                          
Terbaik dari Hilal Asyraf lagi. Sangat-sangat bes jalan cerita dia. Lain dari novel2 beliau sebelum ini. Ala-ala Lord Of The Ring tapi ini lagi istimewa sebab versi Islamik punya. Sebuah epik Islami. Takdir mengisahkan perjalanan dan perjuangan manusia-manusia yang beriman kepada Allah dalam menegakkan Islam itu kembali di saat dunia diselubungi kegelapan yang dibawa oleh Sang Asura yang mengaku dirinya Tuhan. Angkasa Sakti adalah saksi bahawa cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Novel Takdir ni ada lagi dua sambungannya. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Serius. :)
Novel Takdir ni agak menjurus kepada fantasi sebab ada kuasa-kuasa sakti, kuasa aura dan lain-lain, tapi itu yang menjadikan cerita ni mantap dan seronok bila dibaca. Rasa teruja nak tau apa berlaku seterusnya. Bila baca rasa macam kita berada dalam dunia masa depan. Ikut pendapat masing-masing kan :).

Suka dengan bait-bait ayat dalam novel ni, antaranya ada kat m/s 142, sewaktu Ruh Faizan, pemimpin Tanah Haram sedang menyampaikan amanat kepada rakyatnya walaupun saat itu beliau sedang kehilangan puterinya yang telah diculik oleh musuh..

"Walau tubuh hancur dilebur, keimanan kekal tidak terkubur.
 Walaupun jasad mati dibunuh, namun jiwa kita tetapi hidup dengan utuh.
 Keteguhan ini hanya akan kita rasai, apabila Allah itu kita rapati.
 Sesiapa yang pernah merasa, tidak akan mampu membohongi, akan kebenaran yang muncul dari langit ini.
 Mereka yang pernah berhubung dengan-Nya, tidak akan mampu memberikan nafi.
 Sesiapa juga tidak akan mampu menghapuskan keyakinan ini
 Walau seluruh dunia dipeluk gelita, kita tetap yakin cahaya-Nya akan bersinar jua!"

=) sambungan.. apa yang akan terjadi seterusnya bila Angkasa, Aizan Fahmi dan End diberi tugas untuk berdakwah kepada kaum gergasi agar menyebelahi Tanah Haram ye? Apa rancangan jahat Sang Asura dan 4 Jeneral nya yang tinggal? Apa strategi Tanah Haram untuk menundukkan Sang Asura dan membasmi kejahilan yang sedang berlaku secara total? ...

                                                                                                                       

Wednesday, July 6, 2011

Soalan maut : Berapa kerapkah anda menulis blog?

Bismilllahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. Post ini aku copy paste dari laman blog BroHamzah
Sekadar saja meletakkanya kembali di laman ini untuk mengingatkan diri ini yang lemah supaya sentiasa beringat. Untuk memusahabah diri, muhasabah niat.
Terkesan dengan entri beliau. Allah..



Berapa kerapkah anda menulis blog?

Ia bukan soal “rajin”nya anda mengupdate blog anda saban hari.

Ia bukan soal anda ini sangat-sangat berdisiplin, bersistematik, kreatif, dinamik dan proaktif dalam mengendali blog sendiri.

Ia juga bukan berkaitan kebijakan dan kepintaran anda menarik berapa ramai readers untuk membaca tulisan di blog.

Malah, ia juga bukan soal pujian dan penghargaan "perkongsian" yang anda postkan di blog-blog anda.

Dan - Ia tidak kisah berapa ramai pengunjung yang menyesakkan trafik di laluan maya anda.

Ia bukannya mempertikaikan kedalaman dan ketinggian ilmu serta pengetahuan yang anda miliki.

Ia bukannya menidakan kehebatan hujjah anda dalam menyampaikan ilmu atau apa sahaja yang dinukilkan di blog peribadi.

Bahkan, ia bukanlah perkara yang penting untuk mengembar-gemburkan jumlah follower yang “setia” dengan blog anda.

Tetapi

Ia adalah soal kewibawaan anda mengamalkan apa yang ditulis, membumikan apa yang dicoretkan dan jujur dengan apa yang dikongsikan.

Ia adalah soal keikhlasan dan ketulusan dalam berkongsi apa yang dirasai dan dialami.

Ia berkait rapat dengan soal akhirat anda. Ketahuilah apa yang ditulis, dicatatkan, diluahkan, diletakan sama ada gambar, bingkisan dan sebagainya – akan dipersoalkan perbuatannya di mahkamah akhirat.

“ Sahabat, usah jadi individu yang tidak berpijak di alam nyata. Dunia online masa kini telah menyibukan kita daripada hakikat dunia offline yang lebih really, benar dan nyata.”

“ Ramai orang begitu gah di alam online, tetapi tiada apa-apa amal di alam offline.”

“ Kita beramal di alam nyata, alam yang dipertimbangkan setiap perbuatan dan amalan seharian kita. Jadilah insan yang seimbang dalam beramal.”

Nasihat,ungkapan dan titipan itu menyerap sedalam-dalamnya ke jantung jiwa. Terasa akan “pukulan” yang memecahkan kebekuan hati sendiri.

Semuanya tertunduk menginsafi.


Semoga dunia offline lebih gah dari apa yang dicoret dalam dunia online. :(

Tuesday, July 5, 2011

HERO - Hilal Asyraf

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Harga : RM 20.00
Bilangan mukasurat : 485
Penerbitan : Galeri Ilmu
Genre : Novel Tarbawi

Yeay! abih jugak baca novel hero ni akhirnya.. Mantop! =) Novel ke 3 Hilal Asyraf yang aku baca selepas VT dan Sinergi. Sebenarnya lama jugak lah novel ni da keluar, masa PBAKL'11 kat PWTC hari tu. Tapi masa tu tengah berperang, jadi akhirnya dapat jugak cari novel ni dekat Pesta Buku Selangor baru-baru ni.
Penulisan novel Hero yang Hilal Asyraf hasilkan ni sangat berlainan dengan novel-novel beliau sebelum ni. Apa yang lain? Kali ni beliau mengetengahkan sesuatu yang lebih daripada ukhuwwah antara sahabat atas keimanan.

Ceritanya luar daripada dunia realiti, luar daripada kotak pemikiran. Itu yang bestnyerrr.Ceritanya mengenai Hero yang tugasnya bukan sekadar membanteras jenyah semata, seperti superhero2 macam Superman, Ultraman, Batman dan sebagainya yang sekadar pergi selamatkan orang, tewaskan penjenayah lepas tu tiada pengajarannya. Hero ada tanggungjawab untuk selamatkan ummah daripada unsur-unsur jahiliyah yang cuba disebarkan oleh kumpulan Syaitan Bertopeng. Dalam masa yang sama, dia terpaksa berperang dengan jiwanya sendiri untuk pulang ke pangkal jalan.

Hero perlu selamatkan kota raya Angsana yang dibina oleh ayahnya bersama sembilan jutawan Islam yang lain. Kota yang lagi hebat dari KL dan Putrajaya. Huhu kalau lah ada kan. Bila baca kan, bila la dapat wujud kota seumpama tu, yang berpaksikan Islam sebagai tiang pentadbiran, suasana sekeliling yang islamik, masyarakat yang ditarbiah hatinya..waaaa :) Yang paling lucu bila Hilal Asyraf sendiri yang masuk dalam jalan cerita kat penghabisan cerita.. tersenyum bila baca part tu. ;) Siap beliau kaitkan lagi watak-watak dalam novel Sinergi dalam cerita Hero ni.

Aksi, Cinta, Komedi dan Hikmah, semua ada. Hero punya segalanya. Jadi yang tak baca lagi.... bacalalalaa =)

p/s: after this novel Takdir. hehehe. huhuhu. hihihi. -ketawa Akuma-

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...