Saturday, May 21, 2011
Analogi sebatang pokok dan ikan di lautan
Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada mausia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar
.Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.
Seperti ikan di lautan masin, masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.
Tapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
Begitulah hati. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.
Moga Allah sentiasa memelihara hati kita. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya. Moga hati-hati kita ini adalah hati yang sentiasa mendamba kasih dan cinta Ilahi. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
:) true enough.
Post a Comment