31Mac 10. Kapal konvoi misi kemanusiaan ke Gaza diserang Israel gile.
Wahai Israel laknat! Engkau tiada pengakhiran yg gembira.
Mati engkau berakhir di neraka,
sedangkan mati para muslimin yg engkau bunuh adalah darjat tertinggi di sisi ALLAH
Terkorban mereka syahid di jalan ALLAH.
Hati kotor engkau tidak akan menerima kebenaran.
Kerana kami umat ISLAM di jalan yang benar.
Seberapa banyak pun darah yang kau tumpahkan di bumi Palestin,
engkau tidak akan dapat menawan PALESTIN
kerana ALLAH bersama-sama umat ISLAM!!!
Ya ALLAH,Kau Maha Berkuasa!
Lindungi keselamatan umat ISLAM di sana.
Hancur leburkanlah musuh-musuh ISLAM.
Amin , ya rabb.
utk diri; selitkan doa untuk palestin setiap kali selepas solat.
bersama solat hajat.hanya itu yg mmpu dilakukan.
setiap umat ISLAM patut rasa tersentuh bila mengetahui berita ini. jika tak, kita kene cek balik iman kita.
Wallahualam.
Monday, May 31, 2010
Tuesday, May 25, 2010
Manisnya TAUBAT
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesekali bermuhasabah diri, memandang alam ciptaan kebesaranNya, terdetik pelbagai persoalan di hati, mengasak-asak ingin mencari jawapan di sudut hati manusia..
Mengapa susah untuk manusia itu berbuat baik?
Mengapa segelintir manusia itu lebih gemar memilih berbuat jahat?
Memilih untuk menjalani kehidupan yang berlandaskan nafsu semata-mata?
Jalan yang penyudahnya mejanjikan azab?
Ingin saja aku menginterview mereka itu?
Kenapa memilih jalan yang ternyata salah?
Namun hati ini sedar bahawa mereka juga manusia biasa sepertiku, punya akal dan perasaan, punya hawa nafsu, tidak wajar untukku menyalahkan mereka seratus peratus.
Tetap jua ingin diri bertanya, tidak takutkah wahai manusia itu akan azab Allah yang amat pedih?
Ambillah lilin, nyalakan ia dan letakkan satu daripada sepuluh jari di api lilin itu. Hitunglah berapa saat diri mampu bertahan akan kepanasan api lilin yang membakar dan menghanguskan satu daripada sembilan jari.
Jika diri melepasi proses pertama ini, letakkanlah pula jari kedua hingga ke jari yang ke sepuluh.
Rasalah sendiri panasnya api.
Sesungguhnya kepanasan api lilin itu, hanyalah secebis daripada kepanasan api Neraka dan Murka Allah yang menanti manusia yang menzalimi manusia yang lain.
Dalam lambakan kata-kata yang banyak dan pelbagai itu, mungkin kepanasan api Nerakalah yang sudah dilupakan manusia.
Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di Akhirat kelak), mudah-mudahan mereka itu kembali (bertaubat)” [Al-Sajdah 32: 21]
Mengapa masih ragu-ragu untuk berubah, bertangguh untuk bertaubat sedangkan mati sentiasa mengintai manusia saban waktu?
Dan pabila detik kematian telah datang, penyesalan itu sudah tidak berguna, azabNya yang pedih sudah menunggu..nauzubillah hi minzalik. Jadi, mengapa kalian masih berani bertangguh???
Kadangkala statement yang terpapar di akhbar dan majalah dan dari masyarakat sekelilingku seolah-olah menjawab pertanyaanku secara tidak langsung.
Jawab mereka..
Rileks la, time muda enjoy dulu. Hidup cume sekali je, beb. (Antara golongan yang mendapat naungan Allah adalah pemuda yang menghabiskan usia mudanya dengan beribadah kepada Allah)
Aku nak jadi yang biasa-biasa je la.Takdelah yang jenis kuat agama. (Adakah para ustaz dan ustazah itu luar biasa pada mereka? Atau yang betul-betul nak berubah mendalami ilmu ugama pun luar biasa??)
Artis-artis kita pula nak tunggu keikhlasan ada baru nak berubah. (Bila la agaknya ikhlas yang dimksudkan tu?Biarlah they create their own life. Itu urusan mereka dengan Allah.)
Ada juga segelintir individu yang sudah menyimpang jauh dari jalan kebenaran masih berasa ragu-ragu akan pintu keampunan Allah yang begitu luas terbuka untuk para hambaNya yang berdosa.Mungkin disebabkan faktor persekitaran yang tidak membantu mereka.
Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri.
Perubahan itu memang payah pada awalnya. Diri ini juga sedang bertatih meniti perubahan itu. Berjuanglah wahai saudara seislamku, perjuangan itu memang pahit namun Dia menjanjikan syurga yang manis.Andai ada detik hitam semalam, tinggalkan saja di belakang. Jangan jadikan ia sebagai sesuatu yang melemahkan kita sebaliknya jadikan ianya sebagai penguat semangat kita untuk terus maju ke depan.Buang semua karat jahiliyah yang masih ada dalam diri. Berniatlah, kerana Allah akan diri digagahi untuk diteruskan sisa hidup ini.Biar ditebus segala dosa selagi jasad bernyawa.

Perubahan itu pula susah untuk istiqamah.Ini kerana manusia itu mudah lalai.Perlu sentiasa ditazkirah setiap hari.Perlu sentiasa saling mengingati.Ini kerana jika tidak ada yang mengingatkan, manusia itu akan mudah hanyut dalam arus kegelapan.Jangan biarkan diri kita masih terumbang-ambing dengan hiburan semata. Ayuh bangkitlah wahai manusia!
Carilah ilmu-ilmu positif yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.Tidak memadai hanya mendengar satu ceramah dan memegang satu buku sahaja untuk melakukan anjakan paradigma yang berterusan.Hargai setiap detik yang ada menimba ilmu Allah kerana ilmu Allah itu sangat luas.
Bukan tidak boleh berhibur tetapi ada batasannya.Dunia penuh godaan dan dugaan.Iman sahajalah penyelamat sekeping hati milik diri.Oleh itu binalah kekuatan itu dari sekarang.Usah ditunggu wahai manusia.Pastikan hati sentiasa hidup dengan petunjukNya.Alangkah bahagianya hidup ini..percayalah =)
Berubahlah sementara masih ada keinginan itu.Berubahlah sementara masih ada hidayah Allah. Kerana orang yang tidak mendapat hidayah itu,akan kekal berada dalam kegelapan jika Allah mengkehendakinya.Lihat ayat Al-Quran di bawah.
Surah An-Nuur Ayat 40
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.
Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata,
Wahai sahabatku, ayuhlah bersangka baik dengan Allah.Sebagaimana kita menyanyangi kekasih hati sepenuh jiwa dan raga, malah Allah lebih menyayangi kita lebih dari itu.Allah telah memberikan nikmatNya yang melimpah-ruah buat kita, namun kita sahaja masih lupa untuk menghargaiNya.Allah tetap sayang pada hambaNya dan masih memberikan peluang untuk berubah.
Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari.
Hamparkan seluasnya waktu untuk Allah, pasti Dia aturkan hidup kita sebaiknya.Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Marilah kita bersama-sama meraih redhaNya demi mencapai husnul khatimah..insyaALLAH.
Thursday, May 20, 2010
Saturday, May 15, 2010
Apa Khabar Iman???
Sekadar analogi dipetik dari sebuah bl0g http://langkahkhalifahbergelarmusafir.blogspot.com/
tajuk : Syarikat Kita
Cerita ni pasal sebuah syarikat yang sebelom ni boleh la dikatakan maju.Namun selepas si GM(general manager) tambah beberapa pekerja baru,si Gm ni merasekan yang syarikatnya semakin berterabuh,tapi maju.Iman,ketua sebuah jabatan kat syarikat ni,ingin meletakkan jawatan.
Iman :Assalamualaikum bos..
GM :Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Lama tak nampak awak.Awak cuti ker?
Iman :Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..
GM :Laa.. Kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya
berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
berterabur sekarang bila jabatan awak takde..
Iman :Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.
VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..
VCD,SMS,TV.. Jadi kami rasa terpinggir..
GM :Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji
mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar…
mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa
gaji,tapi banyak gak duit saya habis…Entah ar…
Iman :Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al-Quran,
zikir, ma’thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan
zikir, ma’thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan
mereka.. Kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..
GM :Saya tak pernah minta awak bercuti..
Iman :Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah
punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan
punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat tuan
gembira..
GM :Argh, gembira apanya.. Berterabur kerja kat pejabat tu!!
Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..
Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali..
Iman :Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari
tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan
kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan
makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa,
tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami.
tapi kami, tuan tak sediakan makanan untuk kami.
Kebajikan kami tak terjaga…
GM :Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji,
kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.
kebajikan awak saya jaga,Encik Iman.
Iman :Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan.
Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi
melupakannya?
GM :Janganlah menyalahkan saya..
Iman :Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang
bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang
rendah pada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak
suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.
GM :Awak tak melawan Encik Dosa ke?
Iman :Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah,
sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..
sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..
Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.
Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan
amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami
meminta yang sedikit?
GM :Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.
Iman:Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami
bekerja untuk tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan
kepada mereka.Siapalah kami..
GM :Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya..
Iman:Buanglah pekerja itu..Mereka meminta- minta dari tuan. Tuan
perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami,
perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami,
percuma je khidmat kami.
GM :Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu
percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak
boleh.. Saya rimas..
percuma, tapi kamu kadang- kadang bising, ini tak boleh, itu tak
boleh.. Saya rimas..
Iman:(Senyum sinis) Maafkan kami tuan..Kami minta diri dulu..Tak
perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan
perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami
maafkan tuan..
perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan
perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami
maafkan tuan..
GM :Jangan pergi..saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli
jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.
jawatankuasanya; vcd, majalah yang melalaikan, dan sebagainya.
Iman: Tuan betul-betul sanggup?
GM :Ya, saya kelam kabut sekarang.. Tak tenang, management
berterabur..
berterabur..
Iman: Alhamdulillah.. Kami free of charge..Tuan takkan rugi,
sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO,
sebaliknya tuan beruntung besar.. Silap hari bulan, CEO,
Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi..
GM :Terima kasih..Panggillah ahli jawatan kuasa kamu bekerja
semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik
ma’thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?
semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah Encik
ma’thurat, Encik Zikir, Encik Solat dan semua ahli jabatan awak ya?
Iman:Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini
dan seterusnya
dan seterusnya
GM :Amin..Semoga hidup saya kembali tenang..
Daripade cerita ni,harap semua ambillah iktibar ye.Kita letakkan GM tu sebagai diri kita,syarikat itu hati kita.....Sesungguhnya kita semakin hari semakin jauh dari CEO kita...Renungkanlah....
Friday, May 14, 2010
Peribadi Rasulullah sebagai pengajaran
saat membace kisah Bilal, tibe2 hati ni teringin nak tatap wajah suci baginda.misti baginda sedih kalau lihat keadaan umatnya di akhir zaman di mane umat Islam semakin berpecah belah, sunnah yg ditinggalkan terus diabaikan,..
Seadainya ditakdirkan Nabi masih hidup. Dan baginda melihat umat yang namanya dibibir baginda sewaktu baginda menghembuskan nafas terakhirnya, hidup dengan jalan yang tidak selari dengan ajarannya. Baginda bergadai nyawa untuk mempertahankan agama Islam. Baginda rela hidup dalan kelaparan demi kebaikan umat akhir zaman. Tapi kini, umat yang baginda kasihi telah menfitnah dan mendustakan diri baginda sendiri.
Tidak pernah baginda mengajar umatnya bermaksiat tapi kini umat yang di kasihi lansung tidak menghargai diri baginda. Pengorbanannya selama ini langsung tidak dihargai. Dirinya langsung tidak diingati. Walau lidah mengucap syahadat, tapi amal mereka penuh dengan maksiat. Andainya Nabi masih ada, pasti bergenang air mata suci baginda. Melihat umat yang ditinggalkan terus leka dengan dunia.
Sumber: Cahaya Mukmin
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

peringatan buat sahabat2 seperjuangan dan diri ini yg sering terleka, kerapkan lidah kite berselawat ke atas junjungan Rasulullah saw.
Tuesday, May 11, 2010
1st TRYiNG
my 1st design. heheh. n0 idea la+tak reti sgt gune program2=kene blaja lg pasni =p
ini adalah pic anime yg cube diilhamkan..
wahh!! tak same! kah kah kah
akhirnye finish gak.edit gune ad0be illustrat0r.m0h0n k0mennya sbb sye budak baru blaja =)
Monday, May 10, 2010
Apabila yang HARAM diHALALkan
Malaysia hendak halalkan judi bola sepak?
http://iskandar56100.blogspot.com/
Datuk Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan, patut beristighfar dan mengucap syahadah kerana berhujah jika judi bagi sukan bolasepak dibenarkan kerajaan boleh memungut hasil.
Beliau hari ini memberitahu Dewan Negara bahawa kerajaan Pusat akan menimbang untuk membenarkan judi untuk sukan tersebut.
Sebagai seorang Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan ucapan sedemikian.
Sebagai ADUN, saya turut mendapat aduan dari masyarakat bukan Islam yang mahu industri judi dihadkan. Tetapi seorang Menteri Islam pula yang mahu ditambah peluang bagi rakyat untuk berjudi.
Inilah Umno yang tidak memperdulikan halal dan haram asalkan dapat mendatangkan keuntungan. Tidak langsung memikirkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
Maka jelaslah Umno tidak layak bercakap tentang Islam dan ini sepatutnya membuka mata mereka yang mengharapkan Umno membela agama Islam.
Iskandar A. Samad,
ADUN Chempaka,
Timbalan Pesuruhjaya PAS II Negeri Selangor.
p/s: astaghfirullahalazim..mmg keje gle la d0rg nih..berani mempermainkan hukum Allah.

Sunday, May 9, 2010
Hayatilah
Masih jelas di tubir mataku..saat kau mula-mula menangisi kelahiranmu ke dunia ini..tangisan yang membawa seribu erti..tangisanmu kerana lahirmu membawa janji Allah..untuk menjadi hamba yang taat padaNya.. tangisan si ibu penuh kesyukuran kerana berjaya menjadi 'interneur0n' menghubungkan se0rang hamba Allah dengan dunia ciptaanNya..bapa mengucap beribu kesyukuran.. tak berhenti berdoa untuk keselamatan kedua permata hatinya..saat itu, bapa berjanji akan kudidikmu menjadi insan berguna anakku..itu harapan se0rg bapa..si anak menginjak usia remaja..lagaknya tak seperti dulu..jika selama ini bapalah protective layer bagi si anak.. menangis dipujuk..merajuk dimanja..dibuli dipertahankan..selamatnya rasa ..tapi kini..menangis? si jejaka meng0rak langkah..dipujuk dimanja kekasih hati..si dara pula lupa! lupa daratan! kasih tulus bapa dipandang enteng! sib0k ke sana sini dengan si dia..lupa janji pada Allah sebelum lahirmu ke dunia..lupa jerihibu melahirkanmu! lupa tangan kasar bapa yang membanting tenaga mencari rezeki untukmu..kasih tulus ibu bapa seakan tidak bermakna.. kita lupa!! lupa siapa kita! dari mana lahirnya kita semua? Hayatilah
Friday, May 7, 2010
Golongan yg beri syafaat di akhirat kelak
tadi semase ceramah d masjid, ustaz penceramah tu kate, g0l0ngan yg akn memberi syafaat kpd kte mse akhirat kelak selepas Nabi Muhammad SAW, adalah golongan para ulama' dan diikuti dgn g0l0ngan para pejuang yg mati syahid di jalan Allah. s0, kesimpulannye d cni, bsesuaian dgn isu semasa, individu yg terlibat dlm mengugut nak bunuh MB Kelantan Dato' Nik Aziz, beringat-ingtlah sndri yer..umat Islam akan menentangmu (yg buat prangai tak sn0n0h ni nape la??)
kan bes kalau Malaysia di bawah kepimpinan beliau.mknyer jadi Perdana Menteri. insyaAllah aman Malaysia!! Sem0ge beliau sentiasa dilindungi dari perbuatan jahat manusia.
Wednesday, May 5, 2010
HaTi 0H HaTi (LANGIT ILAHI)
sdg sye mmbce buku langit ilahi karya Hilal Asyraf..tertarik utk bk0ngsi sesame..antare penyakit dunia yg perlu kite singkirkan..pertama, penyakit bersagka-sangka. kite akan terd0r0ng mncari2 salah org dan akan wujud hijab antara kita dgn mnusia lain. takde rase selamat. Allah SWT berfirman
'' Wahai org yg beriman, jauhilah daripada berprasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan org lain, dan janganlah pula ada daripada kamu yang mengumpat sebahagian yang lain.." (Al-Hujurat: 12)
Kedua, marah. Penyakit ni kalau tak jaga akn berbekas dlm hdp kita selamanye.Walau perkare tu da blalu, ia akn tetap berbekas dlm hati org yg dimarah.Marah ade seni, bkn takleh marah lngsng, tp bersederhanalah.Kerana ble kte marah, setan akan memperkudakan kte. Mrh pon akan jaokan kte dr masyarakat sekeliling. Dan bagaimana nak gembire kalo org jaohkan diri dr kte..?? Ketiga, hasad dengki. Kalau ade penyakit ni, mknye hati tgh sakit. Setan tgh bkampung dlm kehidupan kte. Adekah khdpn kte gembira dan tenang? Pasti kte sentiasa rase tak selamat.Takut nanti ade org balas dendam atau ade org lain cemburu yg nak rampas harta kte. Mane harga kehidupan kalau kte asyik hidup dlm keadaan resah...
Rasulullah SAW pernah menunjukkan kpd para shbtnya kpd se0rg lelaki. Rasulullah menyatakan bhw lelaki itu akan masuk syurga. Maka pergilah Abdullah ibn Umar menyiasat kehdpn lelaki tu.Abdullah ibn Umar r.a. melihat bhw lelaki tu tak byk beribadah, tak pulak bangkit qiamullail. Akhirnya, dia dpt jwpn bhw lelaki tu langsung tak ade hasad, sangka buruk atau marah dlm hatinya kepada org lain.
Ya..ahli syurga.
Anda tak teruja..?? Dahlah kehidupan tenang , ganjaran pula lumayan..
huhu..bg sye mmg totally teruja ble bace kisah pendek ni..emm kte ni yg blum istiqamah lg qiam, hati lagi laa jgn ckp..kdg2 ade juge rase2 cm 3 perkara kat atas ni..setan punye keje la ni..
Ya Allah..bantulah aku perbaiki diri ini..amin..

Subscribe to:
Posts (Atom)