Tuesday, May 31, 2011

novel HIJRAH -PTS-

                                                     
Salam sahabat2. Waaa lame tak update pasal buku. Gitu la gamaknye sbb lame tak survey buku neh. Sebenarnya hajat di hati nak beli buku novel Takdir atau Hero Hilal Asyraf tapi stok habis la pulak dahh . sob2. taper2 cuti panjaaaannngg lagi. Boleh che p survey kat tmpt len k. wee :) Ni ha che nak habaq kat hangpa sume mai la pakat ramai2 bace buku novel hijrah ni.

                                
Alkisah belek punye belek kat MPH tu terbeli dgn tertaksengaja buku nih. :D che ce cite cket k... huhu
Ni info pasai buku ni cket:
Harga: RM35 / RM38 (mahai ke murah?? hmm ilmu di dlmnye lebih berharga. ryte3 :D )
Tarikh terbit : 20 Dec 2010 (ooo.. lame gak da terbit. thn lepas. haha baru tau .. cian saye =.=)
Jum. muka surat : 640 (tebai3.. pasai tu hage dye rm35 o.o )
Penerbit : PTS Litera Sdn Bhd

Hijrah - Permulaan Sebuah Kegemilangan


Mostly people bosan kan bila tibe tang cite2 sejarah ni kan. Lagi-lagi sejarah form 1 ke form 5 kat skola2 dulu. stuju tak stuju tak?? hehe . tapi mmg bagus la penulis buku ni, Abdul Latip Talib sebab cara penyampaian dia menceritakan sejarah sirah nabi, kisah sahabat2 baginda dan tokoh2 pejuang Islam dulu mmg agak menarik sbb tak bosan bila bace ayat2 dye. Sebab che da pon bace beberapa buku hasil penulisan beliau, antaranye.. Bilal bin Rabah, Muhammad Al-Fateh (edisi jimat), Hulagu Khan.. dan next2 akan datang.. insyaAllah. :) Kalau nak tau lagi info2 pasal buku beliau boleh la hangpa sume p cek kat blog beliau
Abdul Latip Talib  :)
Buku ni agak tebal, so aku kira misti dye ceritakan detail peristiwa-peristiwa yang membawa kepada kisah hijrah. oooppss tak leh komen lebih-lebih sebab tak start bace lagi. Masih berbalut lagi buku tu. ho0hoh0.
Buku ini sesuai untuk sume sume lapisan umur.. sesuai untuk saye yang masih merangkak rangkak belajar.. :0 Jom sahabat-sahabat, makcik-makcik, pakcik-pakcik, adik-adik sume bedah buku manyak-manyakss cuti niii =) Tambahkan ilmu bertingkat-tingkat di dada.. weee cemangat-cemangat!!

p/s: makin lame dengar lagu hambamu, lagu tema imam muda 2 ni rase makin bess lak. bguih la depa ni. ce dgr ce dgr>
besh kan kan... :D
wallahualam.. wasalam :)


Monday, May 30, 2011

Ayuh pertahankan halawatul iman.

                                                  bismillah header

                                      
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud " Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman; sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih daripada cintanya kepada yang lain. Sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah(dan bukan suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana benci akan dicampakkan ke dalam api." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik r.a)

Jom cek balik diri kita. Bila ada tiga perkara ini dalam diri, insyaAllah seseorang itu boleh dikatakan sudah berjaya merasai kemanisan iman. Bila selama ini kita terasa payah mahu istiqamah dalam melakukan sesuatu amal, apabila dilakukan berterusan, disertai dengan keikhlasan dari hati sedikit demi sedikit, lama kelamaan akan terasa lazatnya ibadah yang dilakukan hanya dengan hati yang mengharapkan keredhaan Allah. Maka kebiasaan amal yang dilakukan akan terasa keseronokannya dan bila tidak dilakukakan, hati akan rasa resah. Alhamdulillah orang mukmin yang merasa situasi ini telah mencapai halawatul iman.

Allah saja yang berkuasa memberikan hidayah kepada sesiapa jua yang Dia kehendaki. Ayuh bersyukurlah dan pertahankan kemanisan iman itu kerana Allah jua yang berkuasa menarik kembali jika Dia kehendaki.
"Ya Allah, janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah Engkau mengurniakan kemanisan iman itu kepada kami. Amin."

Orang mukmin yang mendapat kemanisan iman, pasti hatinya sentiasa hidup. Hidup dengan ayat-ayat cinta Allah. Mereka sentiasa yakin dengan janji-janji Allah.
Seperti analogi ikan di lautan masin, masinnya air lau tak mampu menyerap ke dalam isi ikan. Tapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya. Begitulah hati. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.
Walau ke mana jua melangkah, hati mereka sentiasa mengingati Allah, takut melakukan dosa kerana mereka tau Allah sedang memerhatikan setiap perlakuan mereka. InsyaAllah apa jua dugaan yang mendatang, hati yang hidup ini pasti dapat menghadapinya dengan pergantungan yang kuat pada Rabbnya kerana
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah; 286)




Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 
"Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kami memperbaharui iman kami, wahai Rasulullah?" Baginda bersabda, " Perbanyakkanlah  ucapan LAAILAHAILLALLAH"
(Hadith riwayat Imam Ahmad)

3 tips elak iman luntur:
1. Tingkatkan kualiti ibadah
2. Hati sentiasa khusyuk ketika berhadapan dengan Allah
3. Sentiasa menghadiri majlis ilmu

inspirasi: Solusi isu No.30


Saturday, May 21, 2011

Analogi sebatang pokok dan ikan di lautan


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pokok. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat.
Bermula dari benih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada mausia juga haiwan.
Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar
.Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana.

Seperti ikan di lautan masin, masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan.
Tapi bila ikan itu mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.
Begitulah hati. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tapi bila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi.
Moga Allah sentiasa memelihara hati kita. Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahNya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya. Moga hati-hati kita ini adalah hati yang sentiasa mendamba kasih dan cinta Ilahi. :)

Saturday, May 14, 2011

Sudahkah kita diTARBIYAH???

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah segala puji dan syukur hanya untukmu ya Allah..
Terima kasih, ya Allah .. aku melalui satu lagi proses tarbiyah.
Tarbiyah tu sangat penting supaya rohani kita berterusan diisi dan mengelakkan hati kita mati.
Aku akui, bila kita sendiri yang ditarbiyah baru lah kita dapat rasa sejauh mana kekuatan hati, iman kita dalam melalui proses tarbiyah itu. Bila kita sendiri yang ditarbiyah barulah kita rasa betapa masih ceteknya pengetahuan tentang Islam sendiri, ya Allah.

Lalu beberapa persoalan menjadi tanda tanya dalam diri..

Kenalkah kita pada Allah?
Kita mengalunkan asmaul husna tapi adakah kita fahami ertinya dan hayati???
Kenalkah kita pada Rasulullah?
Sejauh mana kita tahu sejarah2 perjuangan baginda???
Sejauh mana kita contohi dan amalkan sunnah baginda???
Kenalkah kita pada sahabat/sahabiah kita sendiri?
Sudah selesaikah ta'aruf antara kita dan sahabat2 kita???
Kenalkah kita pada Islam?
Sejauh manakah pengetahuan kita dalam sejarah sirah?
Fahamkah kita akan erti perjuangan Islam yang sebenar?
Apakah kedudukan al-Quran dalam hati kita?



Sesungguhnya guru yang paling baik adalah pengalaman kita sendiri. Setiap ilmu yang kita dapat bergantung pada diri kita sendiri sama ada mahu memanfaatkan, mengamalkan atau sebaliknya.
Ya.. jalan perjuangan memang susah dan perit tapi pengakhirannya sangat manis bagi mereka yang benar-benar ikhlas berjuang kerana Allah. InsyaAllah.
Islam tidak perlukan kita tapi kita lah yang memerlukan Islam. 


Allah, kuatkan hati kami bersama dengan izinMu. :)

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...