Sunday, June 26, 2011

Penulis fevret ^^

Hlovate. Misti korang kenal dengan penulis ni kan.
Hlovate = Hate and Love ?? haaa itu ulasan dan pendapat dari penulis blog Bayyinat yang aku baca baru-baru ni.Actually, aku ni baru nak mengenali dunia penulisan / karya Hlovate. Haha, cian nye.. semua orang da kenal karya beliau, aku baruuu tau Hlovate. :(
Tak kisah la, bagi yang tak kenal, boleh la cuba-cuba baca novel-novel Hlovate ni. Bess. Seriuss tara tipu yaa.. :D
Novel Versus adalah novel pertama beliau yang aku baca. Sekarang tengah baca novel Rooftop Rant. Ni pun dua2 novel ni adalah pinjaman dari seorang kawanku yang rekemen kan novel Hlovate. Mula-mula baca, dah jatuh cinta dengan gaya penulisan beliau yang teramat santai.. macammana ni? fall in luv oready. :D
Siapa2 yang dah baca versus mesti dah tau jalan ceritanya yang mengisahkan tentang perubahan hidup dua orang remaja ke jalan yang diredhai Allah. Yang mana dulunya hidup dalam dunia skateboard yang menyeronokkan. Kira u turn 180 darjah la. Bukan senang untuk berubah kan. hmm kene cemangat yang kuat tuh. Ok, ok bukan nak cerita pasal novel versus tu, tapi nak habaq pasal penulisan beliau dari sudut pandangan aku. Santai. Yup, sesiapa yang ikut penulisan beliau mesti cakap perkataan yang sama ni. Walaupun gayanya santai, tapi mesej yang nak disampaikan cukup jelas untuk para pembaca. Setiap novel beliau buatkan kita terfikir akan hidup ni. Apa pilihan kita untuk jalani hidup ni. Bersesuaian dengan sesetengah remaja yang tak minat novel sebab beranggapan ayat yang skema dan jalan cerita yang boring and sama saja. Boleh la cuba-cuba ya novel-novel beliau.

Tak pun cubalah baca novel-novel Hilal Asyraf. Mesti semua sedia maklum kan sebab beliau pun adalah penulis yang hebat juga. Bahasa yang beliau gunakan cukup indah, menarik dan puitis. Jalan cerita pun menarik dan berlainan. Sesekali diselitkan tazkirah. Serius tara tipuuu. Tak percaya cuba baca Sinergi, novel pertama beliau yang saya baca. Kemudian, VT. Ada lagi yang lain spt Relasi, Terasing, Remaja Mulia, Takdir, Hero.Ada banyak pengajaran. Penulisan beliau sangat-sangat memberikan motivasi dan pengajaran yang boleh  kita aplikasikan dalam hidup kita sebagai seorang hamba. Setiap karya beliau walaupun jalan cerita yang variasi, tapi masih tidak lari dari tema asal langit ilahi, 'Mari Menjadi Hamba'.
Saya Babbit Leon ;p


Selamat Membaca. Membaca Amalan Mulia :)

Friday, June 24, 2011

Al-Quran : Love Letters From Him..

Love letters tu..

Kita baca..
Sama ada hari-hari, seminggu sekali, dua minggu sekali,
atau paling kurang sebulan sekali,
Semoga kita tergolong dalam golongan yang membaca love letters tu tiap-tiap hari
Amin...

Kita tadabbur..
Kita baca maknanya..
Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang mahu berfikir tentang kebesaranNya
Amin...

Kita baca..
Kita hafal surah-surah ringkas..
Kita tahu isi kandungannya..
Semoga kita dalam golongan orang yang mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian
Amin..

Love letters tu..

Memang magic.
Mampu memberi ketenangan jiwa pada setiap pembacanya..
Mampu membentuk peribadi muslim yang hebat kepada pengamalnya..
Mampu memberi manfaat kepada pembaca..penghafalnya..pengamalnya...

Amazing ryte =) 
So....
                                       
Let's read Love letters from Him.

Monday, June 20, 2011

Design 2: Senyum :)



hahaha.. akibat daripada takde kerja+bolink. inilah hasilnya..
Say Alhamdulillah.
CENYUM :)

Tuesday, June 14, 2011

Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah

                                                        

As Salam semua sahabat-sahabatku. :)
Tengah-tengah godek-godek internet atau ceroboh web orang atau pendek kate blogwalking.... tetibe saya terjumpa satu benda ni. Dan entri kali ni berkenaan apa yang ada dalam blog tu... huhuuu . nak tau? nak tau? ce tekan blog neh k > > > tettt tekan blog Salam Ukhuwah oleh Cik Atikah Aula. ce baca-baca dulu....

Haaa mengerti udah kamu ape saye nak taip seterussnya??.. hehe
Thumbs up sebab dapat buat kempen yang baguih cam gini.
"Kempen: Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!!"
Aku pun merajinkan diri menyokong kempen ni walaupun terlambat sikit join tapi takpe sebab tiada tarikh tutup menurut penganjurnya.huhu dan seriously memandangkan aku bukan la jenis yang rajin join contest-contest blog ni dan...menjadikan kali kedua aku join kempen dalam blog. Kempen yang 1st tu kempen aurat saya maruah saya walaupun tak lah join secara rasmi, cume letak banner je sebagai tanda sokong..hee tu ade kat side bar sebelah ni >>> ce cari, ce tekan k kalau rajin. hihi

"Betul betul betul". Dunia moden sekarang la ni semua guna internet. Nak berhubung dengan kawan kat cni, nak tau isu semasa kat sini, nak berdebat itu ini kat sini, nak buat rujukan pun kat sini dan lain-lain yang sewaktu dengannya.. Siapa2 saja dari pelusuk negara/negeri mana pun ada kemungkinan untuk masuk atau tertekan atau tertaksengaja jumpa blog kita dan baca blog kita atau singgah kejap maybe. Jadi di situ, kalau kita dapat menulis sesuatu yang bermanfaat, atau menulis kata-kata yang baik. Tak kira la dalam bentuk sajak ke, bagi yang minat berpuisi, artikel ke, bagi yang pandai mengarang ataupun komik bagi yang pandai melukis, janji ia adalah sesuatu yang berunsurkan nasihat ke arah kebaikan.( huahu manyakssnye perkataan atau :D)
Nabi kita pun berpesan "Sampaikan daripada ku walau satu ayat"
Jadi, ape-ape ilmu yang kita dapat kita kongsikan bersama even kita still rasa ilmu kita masih kurang dalam agama kerana kurang kefaqihan bukan alasan untuk tidak menyampaikan. Sila la bace link ni untuk pemahaman yang lebih jelas k. =)

Secara tak langsung.. insyaAllah kita dapat menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk para pembaca dan menyampaikan Islam itu sendiri untuk pembaca blog kita yang nonmuslim. Kita pun dapat sahamnye, insyaAllah..kan kan kan. Saya sangat tertarik dengan ayat dalam entri beliau yang ini >
" Dakwah bukan sahaja bermaksud kita bercerita dan membincangkan tentang Islam, tapi juga mengajak dan menyeru ke arah kebaikan. Asalkan benda baik, perkara baik.. itu dah dikira dakwah. Seru ke arah kebaikan."
dan juga yang ini "kalau dapat membincangkan tentang agama Islam itu sendiri lagi baik.. kerana Islam itu merupakan cara hidup, tak kan terpisah walau kita berbicara tentang apa sekalipun."
See.. Islam is the way of life. :)

Bersesuaian dengan entri aku baru-baru ni pasal tujuan kita sebenarnya berblogging atas sebab ape, atas niat ape.. insyaAllah senarai sebab berblog ni ade dalam artikel cik Atika Aula ni :)

ni dia banner kempen ni. jom letak kat side bar <3 :-]

tomey je kan =)

wokey. siap dah entri kempen ni. sebar-sebarkan dan selamat beramal ^_^
Harap bermanfaat. Wasalam.

Saturday, June 11, 2011

Showcase Shuhada At-Taqwa




barisan artis-artis nasyid yang turut memeriahkan :)          skrin besauu turut disediakan.. :)

nahh .. ini la suasana sepanjang showcase. Alhamdulillah, las minit punye perancangan, aku sempat menghadiri showcase ni malam semalam. Tapi tak stay lame, duduk2 sampai kira2 pukul 10.30. Las las kuar pukul 11 sebab kereta kene blok. orang buat double line, sabor je la~ ..Alhamdulillah, showcase ni dapat sambutan dari orang2 shah alam.. penuh dataran kemerdekaan shah alam tu, siap ada yang bawak khemah sendiri. cemangat2 :D kebanyakannya datang same-same dengan famili masing2. Alhamdulillah, cuaca cerah malam semalam, Allah memberkati majlis amal ni :) sepanjang showcase ni, sukarelawanss yang bertugas edarkan tabungss untuk para penonton menyumbangkan dana. yupp.. menonton sambil beramal. 

Lebih 50 artis nasyid dikumpulkan untuk jayakan showcase ni, rasanye buat julung kali kan artis2 nasyid dikumpulkan. Semuanya dengan satu niat, nak membantu anak2 yatim at-taqwa ni..insyaAllah.. :)

Semoga hasil dana yang terkumpula malam tadi dapat membantu menampung pembiayaan untuk dirikan semula madrasah mereka yang rosak ditimpa tanah runtuh di Hulu Langat, Selangor. 
Ameen.. :)

Friday, June 3, 2011

Seadanya...

                                                 

Jiwa kacau?? nak ubat? perlukan motivasi??? haha meh2. err baru mule entri da merepek.. grrr

Haaa rasa macam takde tujuan nak menaip entri kali ni. Apa yang buatkan aku nak menaip pun tak tau. Cuma sekadar luahan hati. hehe. Tamao skema2.... macam entri2 before ni tak skema je. hihi
Aku sebenarnya nak meneroka asbab2 aku mula2 berkecimpung dalam dunia blog ni.Aku nak betulkan balik niat buat blog ni. Rasenya start 2009, masa tu umur bape ek? 18 tahun. waa budak baru abis skolah katekan... :D hmmm masa tu saya budak baru belajar dan sekarang pongg dan sampai bila-bila saya adalah budak baru belajar. :D Mula-mula aku buat blog sekadar sorok2.. saja nak cuba try test bakat yang tak ada. hoho. Tapi da lama-lama aku mula terfikir adalah lagi baik kalau aku dapat membuat sesuatu yang dapat memberi manfaat pada org lain juge. Menulis sesuatu yang bermanfaat insyaAllah akan memberikan kita pulangan yg baik. Setelah aku melalui proses2 tarbiyah masa kat matrik dan kini di Universiti, alhamdulillah aku makin mengerti tujuan hidup, satu .. mencari keredhaan Allah. Rindu kat naqibah2 aku, kak jah..kak shu..kak aishah.. Rindu pada pesanan2 mereka yang selalu menguatkan diri ini. Rindu juga kat sahabat2 halaqah kmpkians. Bersama mereka la aku mula merasa persahabatan kerana Ilahi. Aku merasa apa itu ukhwah.. aku mula belajar makan bersama dalam satu talam, suap menyuap makanan antara satu sama lain.  waaa manisnya ya Allah untuk dikenang. :)  (mood l Thank You Allah)

pic kami yang paling sweet for me :)
usrah UmP

ok ok.. balik kat topik asai.. waaa selalu sye melalut terlalut jauh2 ni :D bese la name pong luahan rasa
Kadang-kadang menulis blog ni, aku takut untuk update apa2 entry sebab bila kita mengatakan sesuatu haruslah kita mengerjakannya. Ya Allah bantulah aku dalam perubahan ini. Kerana itu aku nak tegaskan di cni janganlah isi kandungan blog mencerminkan si penulis sebab blog hanya lah alam maya, realiti dan alam maya adalah lain. Bukan lah berpura-pura. Setiap hari aku cuba memperbaiki diri, mencari diri sendiri, menambah ilmu, menambahkan ape yg kurang sebab terlalu banyak kekurangan kita sebagai manusia bila difikirkan balik. Ada masa aku
jatuh, tapi aku cuba bangun. Adakala iman aku lemah bila persekitaran tak membantu, aku cuba kuatkan diri. (dari tadi ulang-ulang selawat pelindung diri  n selawat murah rezki ni.. bess la pulak.. tenang.. i loikeee )

Bila dah berdiri dalam satu jemaah ni, aku sedar aku kena kuat. Aku kena bersedia mental dan fizikal jika kemungkinan aku diberi tanggungjawab tu nanti.
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " (Al 'Ankabuut ; 2-3)
Setakat ni aku rasa belum lagi layak terima ujian itu. Base on level iman aku yang masih low ni mungkin ujian2  yang kecil tu pun aku masik lagi payah nak lawan. Tapi aku cuba jage mutabaah aku sebaik mungkin, cube istiqamah amalan2 yang biasa buat, cuba dan terus cuba . tamao macam cuti2 lepas.. haru biru . no no no. cuti lame ni masih cuba planning utk isi dgn pkare bermanfaat sebaik mungkin. moge ade ruang utk aku dptkan sesuatu yg bermanfaat..insyaAllah... akan cube dan terus mencuba...
Be an active muslimah derr :) 

YUP (da lewat ni..cok nak baliks kg... laen macang je cemangat mlm ni. huhuhu.)
(kk.. mood muhasabah diri ) wassalam. doakan yang terbaik untuk ana ya.. syukran jazilan sahabat-sahabatku <3


Selawat Pilihan


SeLaWaT Pelindung Diri

Tawassalna bi bismillah

Wa bil hadi rasulillah [2x]
Wa kulli 'arifin billah
Wa ahlillahi ya allah [2x]

Ya Allah
Syumu silhuda
Shuyukhil waraa
Nujuu min nada [2x]
Bihinnas lamu min kulli aza
Bi qadrillahi ya allah



Kami bertawassul dengan nama Allah dan dengan petunjuk Rasulullah.
dan setiap orang yang arif mengenai Allah dan ahli Allah,Ya Allah.
Ya Allah! Dengan perantaraan kaum yang mulia, cahaya hidayah,
dengan perantaraan amalan kebaikan mereka,
kami selamat dari setiap malapetaka dengan kekuatanMu, ya Allah.


SeLaWaT Murah Rezeki


 Allahumma solli 'ala saidina muhammad...,
Solatan tuwassi'u biha 'alainal arzaQ...,
wa tuhassinu biha...,
lanal akhlaQ.....,
wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallim.......,,
wahai Allah rahmati dan kurniakanlah...
kesejahteraan ats muhammad Rasulullah...
dan selawat yg dpt melapangkan rezeki kami..
dan menjadikan baiknya akhlak kami..
dan curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan para sahabatnya.....


Sangat menenangkan hati bila dengar =)

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...