Wednesday, October 28, 2009

FaeDaH MeNuNDuKKaN PaNDaNGaN



hal ini pun dah dinyatakan dalam al-quran, surah An-Nuur(30;31) di mana Allah memerintahkan lelaki dan perempuan supaya menjaga pandangan mereka..

Jom kita kupas pula faedah menundukkan pandangan, antaranya ialah;

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk
kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan
seseorang hamba di dunia dan di akhirat.
2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang
sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan
kehancuran.
3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya,
melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan
anggota badan.
4) Membersihkan hati dari akibat sedih. Orang yang
tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah
ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat
membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat
kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan
dan keberanian.

8 ) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan
yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi,
maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dan fikiran yang selalu
merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu
menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut
dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran. Sedangkan
mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil
kecuali hilang sikap waspada terhadap akibat-akibat
buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari
gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya
bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan
akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam)
akhirat.

info dari hatiperantau.wordpress.com

No comments:

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...