Wednesday, October 28, 2009

FaeDaH MeNuNDuKKaN PaNDaNGaN



hal ini pun dah dinyatakan dalam al-quran, surah An-Nuur(30;31) di mana Allah memerintahkan lelaki dan perempuan supaya menjaga pandangan mereka..

Jom kita kupas pula faedah menundukkan pandangan, antaranya ialah;

1) Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk
kepada Allah s.w.t. dan merupakan puncak kebahagiaan
seseorang hamba di dunia dan di akhirat.
2) Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang
sangat panas lagi beracun, yang mana boleh menyebabkan
kehancuran.
3) Dapat menghiasi hati dengan sinaran cahaya,
melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan
anggota badan.
4) Membersihkan hati dari akibat sedih. Orang yang
tidak mahu menundukkan pandangannya maka akan kekallah
ia dalam kesusahan.

5) Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat
membezakan antara yang baik dengan yang buruk.

6) Membuka pintu pengetahuan, iman dan ma’rifat
kepada Allah s.w.t. serta hukum-hakamnya.

7) Menundukkan pandangan dapat mewariskan keteguhan
dan keberanian.

8 ) Mewariskan hati dengan kesenangan dan kebahagiaan
yang sangat indah.

9) Dapat menyucikan hati dan syahwat yang tersembunyi,
maka itulah yang dikatakan tawanan hawa nafsu.

10) Dapat membebaskan hati dan fikiran yang selalu
merumitkan, sedangkan bagi mereka yang tidak mahu
menundukkan pandangan, fikiran mereka akan hanyut
dengan angan-angan yang tinggi.

11) Menguatkan dan meningkatkan daya fikiran. Sedangkan
mereka yang tidak mahu, tidak dapat apa-apa hasil
kecuali hilang sikap waspada terhadap akibat-akibat
buruk yang akan berlaku.

12) Menundukkan pandangan dapat membebaskan hati dari
gila syahwat dan menghilangkan sifat lalai. Sebaliknya
bagi mereka yang tidak mahu menundukkan pandangan
akan membuatkan dia melupakan Allah dan kampung (alam)
akhirat.

info dari hatiperantau.wordpress.com

Monday, October 26, 2009

Ya ALLAH, KuRNiaKaN aKu HaTi SePeRTi iNi

Hati yang sedar
Firman Allah,maksudnya: “Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf 50:37)

Hati yang bersih
Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)” (Surah al-Syams 91:9)


Hati yang lurus
Firman Allah, maksudnya: “(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya”. (Surah Ali’ Imran 3:8)
..dan Kau pelihara daripadaku hati ini...
Hati yang terhijab (tertutup)
Firman Allah, maksudnya: “Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak).” (Surah al-An’am 6:25)

Friday, October 23, 2009

HiJaB




Sehelai kain, tak berat dijunjung,
Atas kepala, dilipat, digulung,
Menutup si ikal, mahkota ditudung,
Sopan dipandang, langau tak hurung…

Bahang dan panas tidak diendah,
Janji ditutup, jangan terbuka,
Menjaga aurat, memelihara maruah,
Itulah HIJAB, simbol mulia…

Namun….

Hijab menangis, tak kira masa,
Kerana merintih nasib tuannya,
Ingin menjaga tertib agama,
Apakan daya, tidak upaya..

Di Perancis, bertudung ke sekolah,
Sampai di pintu, ditahan, dilarang,
Katanya HIJAB membawa resah,
Takut rifle , disisip di belakang!

Tidak lupa di Turki pula,
Pesakit dibiar tidak dirawat,
Kerana ibunya berhijab di kepala,
Rawatnya tidak, akhirnya wafat…

Tak kurangnya di Tunisia sana,
Dihalang masuk sekolah, temannya tak apa,
Pegawai sekolah juga jadi ‘jaga’,
Apa cerita? Apa masalahnya?

Tak cukup murid, guru pun kena,
Digantung mengajar, HIJAB sebabnya,
Kerana berhijab di luar kelasnya,
Di Belgium tempatnya, peliknya…

Pasangan Britain juga berangkara,
Suami mencela, isterinya menghina,
Hijab dikatanya simbol hamba,
Mujur Muslimah menang kesnya..

Rupanya komplot masih berleluasa,
Di Kazakhstan, juga sudah bermula,
Menghalang HIJAB dipakai pelajarnya,
Katanya membeza dan lambang agama!

Apa nak jadi…

Ada pula yang bantah hukumnya,
Dikata ini hanya adat bangsa,
Bukan tuntutan agama tercinta,
“Ini hak peribadi saya!”

Quran dah kata, Umat dah sekata,
Bahawa HIJAB itu wajib hukumnya,
Bahkan mengangkat martabat pemakainya,
Wahai Muslimah, mulianya anda…

Elok rupa, manis wajahnya,
Tambah HIJAB, sopan jadinya,
Mengapa pula enggan padanya,
Agaknya biar sampai ke tua?

Sedangkan si mati ditutup kafan,
Tidak berpakaian, namun kafan muliakan,
Apakah tunggu saat kematian,
Baharu ingin disarung tudungan?

Di sana berjuang untuk berHIJAB,
Di sini ingkar, mahu jambul di ‘mata’,
Apakah hati sudah terHIJAB?
Sedarlah wahai sang wanita…

Hijab menangis , merintih nasibnya,
Di sana, menangis kerana dipaksa tanggalkannya,
Di sini menangis kerana tak dipakainya,
Apa nak jadi , tanyalah tuannya….


Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...