Sunday, February 3, 2013

~HATI MUKMIN~


Mengalirlah air mata mukmin

Atau mengalir air mata hatinya
Bila mengingati tuhan-NYA

Malunya hati mukmin

Bila mengenangkan
Rahim dan rahmat tuhan


Remuk redam hatinya bila teringat
Qahar dan jabbar-NYA
Resah gelisah jiwanya
Melakukan dosa

Sedih hatinya lalai dengan tuhan-NYA
Kemudian sedar semula
Tidak tentu rasa hatinya
Bila terbuat kealahan dan kesilapan

Hati mukmin tidak pernah tenang
Dengan tuhan-NYA
Tenang dengan dunia-NYA
Jiwanya bergelombang dengan tuhan-NYA
Bagaikan lautan tak pernah tenang
Kalau bukan kerna kewajipan
Tentu mereka bersendirian
Membawa diri berkelana bersama Tuhan..


------------------------------------------------------------------------------------





Astaghfirullahalazim.. Makin dekat hari itu makin rasa takut diri ini. Ya Allah..tuntun jiwaku ini agar sentiasa berlapang dada dengan ketentuanMu.






Friday, February 1, 2013

Bahagia menjadi 'Pelik'



Ibu/Ayah : Peliknya, kenapa kena balik awal, kan cuti semester lama. Semua orang duduk rumah, bercuti    
                 bersama keluarga. Kamu ini cuti tapi ada di universiti.
Kita : (hanya mampu tersenyum agar permata hatinya mengerti akan hakikat dirinya).

.: Situasi ini pasti seringkali terjadi buat diri mereka yang bergelar daie. Buat mereka yang menggerakkan dakwah di kampus masing-masing... Mungkin tidak bagi mereka yang sudah sedia mempunyai keluarga yang memahami, suatu bonus yang Allah beri :.

"Tidak apa, lapangkan hati.. Ibu, ayah..redha kan anakmu ini yang waktunya in shaa Allah diwakafkan buat ummah. In shaa Allah apa yang anakmu lakukan ini adalah saham untuk kalian di akhirat nanti. ~SENYUM~"

---------------------------------------------------------------------------------------------------

~Bahagia kan dirimu menjadi 'pelik'~

Sesungguhnya kerehatan itu adalah kelalaian bagi seorang da'ie. Kerehatan yang sebenar bila menghidupkan malam-malamnya dengan qiamulail, membaca al-quran dan bermunajat mendekatkan diri kepada sang Khaliq. Itulah punca kekuatan diri bagi seorang da'ie.
"Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam
-Almarhum YB Ustaz Haji Fadzil Noor-

Dakwah ialah kewajipan, suatu kewajipan bukan pilihan. Tetapi bukan semua manusia mampu memikul dakwah, bukan semua manusia yang Allah pilih untuk berada di atas jalan perjuangan. Hakikatnya untuk berubah itu mudah tetapi amat sukar sekali untuk istiqamah kerana istiqamah itu perlukan mujahadah yang kuat. Makanya, perlunya kita kepada proses pentarbiyahan diri. Proses pentarbiyahan diri itu tidak mengira batas waktu. Boleh jadi mengambil masa yang lama, atau dalam masa yang singkat sahaja. Biasakan dirimu dengan pengisian tarbiyah kerana kita manusia mudah alpa, mudah lupa. Sesungguhnya peringatan itu berguna buat orang-orang yang beriman.

Maka, bersyukurlah andai cutimu perlu dikorbankan kerana kamu telah disibukkan untuk perkara kebaikan dan dapat mengurangkan risiko dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Setiap apa yang dilakukan bakal dihitung di akhirat kelak hatta sekecil zarah sekalipun pasti tidak akan terlepas dari pangetahuanNya. Cuba untuk berpegang teguh pada sebaris ayat ini " Setiap apa yang kita lakukan yang diniatkan hanya untuk Allah semata pasti akan dinilai dan yakinlah janji-janji Allah".

.: Moga Allah redha:.


Friday, October 19, 2012

AGM 2 Kelab TaHa dan Amanah itu...


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam..dapat kita semua bernafas dalam nikmat yang paling besar, sudah tentunya nikmat IMAN dan ISLAM.

Alhamdulillah juga, isnin lepas (15 okt 2012) AGM Kelab TaHa UMP dapat berjalan dengan lancar.
Maka turunlah sebuah amanah kepada pelapis generasi yang kedua memimpin kelab TaHa.

Untuk kali kedua aku menerima taklifan sebagai setiausaha kelab.
Allahu rabbi, saat itu beratnya ku rasakan sebuah amanah itu.

Tetapi apabila menerima sesuatu amanah itu, muhasabah diri kita semula dengan petikan kata-kata:


"Jawatan bukan perkara yang direbut, tetapi ianya adalah amanah. Islam mengajar kita agar tidak meminta jawatan, tetapi di waktu yang sama kita tidak boleh melarikan diri bila mana jemaah mengharap dan memerlukan kita untuk terus memimpin".

:::Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang:::

'Andai amanah itu bisa membuat kita menjadi lebih dekat padaNya, terimalah..andai kita menolak dan amanah yang diganti oleh orang lain itu barangkali tidak semoleknya dilaksanakan, bagaimana....?? ''
Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang perlu aku terokai.

Ya Allah, Ya Qawiy, 
berikan kami kekuatan dalam menjalankan amanah ini, 
bimbing kami dalam perjalanan mencari redhaMu.



~Barisan kepimpinan lepas. Moga Allah redha~
MONTAJ

WALLAHU'ALAM..


Wednesday, September 12, 2012

MINDS 2012



Assalamualaikum sahabat-sahabat.. =)
Alhamdulillah MINDS 2012 melabuhkan tirai nya Sabtu yang lalu. Tersangat banyak lah kenangan untuk diceritakan sepanjang 2 tahun menyertai MINDS. MINDS 2012 meninggalkan kenangan yang paling manis dan adalah yang terakhir saya sertai. Dengan MINDS saya belajar berkenalan dengan pelbagai manusia, dengan MINDS, ukhuwah mula terjalin antara sahabat-sahabat baru, dengan MINDS bermulanya ukhuwah dengan adik-adik intake yang baharu. Penat lelah bergerak kerja sepanjang dua kali MINDS terubat apabila melihat adik-adik yang baru masuk mendaftar. Mereka sangat AWESOME!


MONTAJ PENUTUP MINDS 2012 (kampus gambang)

still in.. multimedia, penerbitan dan publisiti.. in memory =)

.::bersedia untuk tanggungjawab yang lain selepas ini::.

Sunday, July 1, 2012

Setenang ombak laut


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..
Alhamdulillah sehingga ketika ini masih diberi nikmat paling besar dalam hidup iaitu nikmat iman dan islam.
Alhamdulillah selesai tahun dua pengajian. insyaAllah bulan 9 ni bakal melangkah ke tahun 3. Dan lebih mencabar, bakal mengambil PSM (projek final year). InsyaAllah fokus kepada Microbiology. ^^
Rabbi yassir wala tu' asir. Semoga dipermudahkan. Mohon doa sahabat-sahabat.

Kehidupan sebagai mahasiswa terlalu banyak pengalaman yang berharga. Di mana kita belajar menggalas tanggungjawab, belajar menguruskan sesuatu kelab atau persatuan, dan yang paling penting kita belajar melalui mengenali orang sekeliling. Lumrah kehidupan, pasti ada ujian yang datang. Nikmatilah ia sebagai suatu bentuk tarbiah dari Allah. Pandang ujian itu sebagai kasih sayang Allah kepada kita.

Bumi Allah itu terlalu luas. Bermusafirlah. Carilah, kutiplah ilmu sebanyak mungkin.



~Coretan seorang hamba di malam hari~
   Muhasabah diri
   ISLAM FOR ALL

                                                                                                                

Monday, April 16, 2012

Belajar teknik baru


Alhamdulillah hasil dari pelajaran semasa mengikuti bengkel multimedia minggu lepas.
Seronok dapat ilmu baru.
Edit guna adobe photoshop CS5..
Dapat mempelbagaikan kaedah para daie untuk berdakwah
Thank you Allah ^^

Monday, April 2, 2012

Keinsafan Diri - Fursan



Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi
---------------------------------------------------------------------------------------------

dah banyak kali lagu ni dengar tapi tak jemu pun. lagu ni punya something yg special :)
hayati setiap bait lirik-lirik nya.. 
                 monolog : lama dah tinggal blog ni hampir 2 bulan . asif ya




Monday, February 6, 2012

Peliknya da'ie ini

Peliknya da'ie ini
Orang lain hujung minggu
Jalan-jalan atau 'shopping',
Hidup da'ie ada dua sahaja:
Pergi program dan study

Peliknya da'ie ini
Orang lain sibuk tengok
"Kyle XY" atau main CS terbaru,
Da'ie ini ada dua sahaja:
Belajar atau program
(Usrah atau meeting)

Peliknya da'ie ini
Jika orang biasa,
masa santai kena tengok movie atau siri korean,
Bagi dia, masanya itu untuk catch up bahan-bahan bacaan,
Untuk prepare pengisian dalam
Kuliah/program/usrah

Peliknya da'ie ini
Duitnya entah ke mana
Asyik tak cukup sahaja
Balik-balik kena cari sponsor,
Tapi orang tak nampak
RM 5, RM 10, RM 50, duitnya itu...
Semuanya untuk apa?

Duit minyak, transport, bantu orang susah, infak...
Manalah ada untuk diri sangat

Hmm,apa lagi ya yang pelik pasal da'ie ini
Hidup pun kadang tak terurus
terlupa itulah inilah, macam-macam
Tapi itulah da'ie
Tetap senyum sahaja dia
Walau dalam hati menjerit
Walau dalam hati dia menangis
Walau di dalam hatinya
Tiada yang memahami

Da'ie itu tetap SENYUM sahaja..



...kerana bukan mudah untuk menjadi seorang da'ie...


sumber: facebook ilmi-islam.com

Wednesday, December 28, 2011

AttentiOn!!!

ATTENTION... STUDY WEEK SEM THREE........ AMIRA, YOU CAN DO IT!!! =)
PRAY FOR ME.. INSYAALLAH I WILL COME BACK TO UPDATE MY BLOG..
SORRY FOR THE 'SILENT' =.='
                                                                                          

Wednesday, November 9, 2011

Secebis pengharapan

~Hanya secebis pengharapan~

Lain-lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...