Saturday, August 27, 2011
Salam Eid Ul-Fitr 1432H
Sunday, August 7, 2011
Atuk, kenapa kita kena baca Quran?
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sahabat-sahabat. InsyaAllah aku nak kongsi sebuah cerita yang aku dapat semasa pengisian pagi semalam. Sama-sama kita ambil ibrah dari cerita ringkas ini.
Di sebuah desa di hujung kampung tinggal seorang muslim tua bersama seorang cucu lelakinya.
Lelaki tua itu adalah seorang yang rajin beribadah dan selalu menghabiskan waktunya dengan membaca al-Quran. Si cucu yang masih kecil dan keanak-anakan hanya meniru perbuatan datuknya membaca al-Quran setelah diajar membaca oleh datuknya.
Tiba-tiba pada suatu hari si cucu bertanya kepada datuknya. "Atuk, kenapa kita kena belajar Al-Quran padahal kita tak tak faham pun apa yang kita baca dalam tu? Apa kebaikan yang kita dapat dengan baca al-Quran?" tanya budak lelaki itu dalam nada yang pelik.
Datuknya hanya tersenyum dan tidak terus menjawab soalan cucunya itu malahan menyuruh cucunya mengambil sebuah raga di dalam rumah. Tanpa banyak alasan, budak lelaki itu terus menurut perintah datuknya ke dalam rumah lalu mengambil sebuah raga yang kelihatan agak kotor dan berhabuk.
"Bawa bakul raga ini ke sungai yang ada kat hujung kampung tu dan isikannya penuh dengan air sungai itu. Bawakkan pulang untuk atuk raga yang berisi dengan air." Pesan lelaki tua itu. Si cucu segera melakukan seperti yang diperintahkan oleh datuknya. Tetapi sebaik sahaja si cucu sampai ke rumah, bakul raga itu telahpun kosong disebabkan air di dalamnya habis menitik keluar sepanjang perjalanan pulang si cucu itu. Lelaki tua itu hanya tertawa kecil melihat gelagat cucunya lalu berkata,"Kamu perlu memindahkan air dengan lebih cepat, pergi semula ke sungai itu dan cuba sekali lagi." Kali ini si cucu berjalan lebih cepat untuk memastikan air yang dibawanya dalam raga itu tidak menitik habis lagi sebelum sampai ke rumah. Malangnya perkara yang sama berlaku, bakul raga itu tetap kosong. Dengan nafas yang tercungap-cungap, si cucu mengatakan ia mustahil untuk membawa sebakul penuh air pulang meskipun dia berlari dengan lebih pantas. Lelaki tua itu berkata, "Atuk bukan mahu sebakul penuh air, atuk hanya mahu raga itu berisi sedikit air. Si cucu nekad ingin membuktikan kepada datuknya bahawa mustahil meskipun hanya sedikit air yang akan tinggal dalam raga itu. Si cucu berulang alik dua tiga kali namun hasilnya tetap sama. Setelah kepenatan, si cucu berkata, "Atuk lihatlah, sia-sia sahaja. Mustahil bukan walaupun saya dah berlari secepat yang mungkin?"
"Jadi, kamu fikir itu hanya sia-sia sahaja?" Lelaki tua itu menyoal cucunya kembali. "Kamu lihatlah, bakul raga itu yang tadinya sebelum kamu bawa untuk ambil air di sungai begitu kotor dan berhabuk kan. Sekarang bakul raga itu sudah bersih luar dan dalamnya. Lihatlah perbezaannya." kata datuknya sambil menunjuk ke arah bakul raga itu.
Cucuku, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Quran. Kamu tidak boleh memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu membacanya, kamu akan berubah, di dalam mahupun di luar tanpa kamu sedari. Hati kamu timenjadi bersih setiap hari meskipun kita sebagai manusia tidak terlepas dari melakukan dosa setiap hari. Itulah kerja Allah dalam hidup kita. Berpegang teguhlah dengan kitab-Nya. Percayalah pada mukjizat dari Maha Esa."
Subhanallah, indahnya kisah ni kan. Pesan akak tu,tak kiralah masa kita gembira, sedih, marah atau kecewa sekalipun ambil lah al-Quran, baca. Kerana itulah pengubat hati kita. Syukran Jazilan.
Tuesday, August 2, 2011
Go Go Ramadhan!!
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, hari ni dah 3 Ramadhan 1432H, syukur Ramadhan kali ini masih sempat dirasai.
Alhamdulillah bukak blog dari 1 Syawal dah meriah dengan post-post salam Ramadhan. Dan hari-hari berikut banyak juga pengisian post-post tentang Ramadhan. Masih tak terlambat jugak kan saya pun nak ucapkan salam Ramadhan 1432H. =)
Seronok juga dapat sambut Ramadhan dengan sahabat-sahabat di Pahang ni. Dapat solat jemaah sama2, iftar sama2, solat tarawih sama2. Walau ada jugak cabaran dua tiga hari ni, terpaksa ulang alik dari Gambang ke Pekan, dari Gambang ke Pekan, tiada makanan di sini..huhu tapi pengalaman tu. Tu yang mahal. Bagi yang dah ada target, teruskan dengan target masing2.. oryteee =D
Di sni saya nak kongsikan beberapa link bahan bacaan yang menarik mengenai Ramadhan daripada sahabat2:
muhasabah diri dulu =)
> Ramadhan Terakhir
untuk kaum hawa yang tak boleh bersolat dalam bulan Ramadhan ni:
> Ramadhan dan Perempuan Haid: Jangan Bersedih
info hadis :
> hadis-hadis nabi tentang kelebihan
dr cinta punya post ni pon menarik!! ^^
> ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh
bagaimana kita? diri ini? =.=
> malam pertama sudah berlalu
oh ya.. jgn lupa ke page langitilahi bes2 dorang punya post2
Syukran Jazilan.

Subscribe to:
Posts (Atom)